Ikuti Kami:

Penonton Kritik Plot Hubungan Cinta Nam Jaewoo & Kim Yeongju, Lee Bongryun Beri Respon

Penonton Kritik Plot Hubungan Cinta Nam Jaewoo & Kim Yeongju, Lee Bongryun Beri Respon

Macam mana, korang puas hati tak dengan ending drama “Crash Course in Romance”?

Terbaru, Lee Bong-ryun yang memainkan watak Kim Yeong-ju dalam “Crash Course in Romance”, telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya drama berkenaan.

Ketika sesi temu bual, Lee Bong-ryun mengulas mengenai kisah percintaan wataknya bersama Nam Jae-woo (Oh Eui-sik) dan menyampaikan berita tentang kehamilannya di episod akhir. Jelasnya,

Penulis mengatakan bahawa akan ada kisah cinta untuk Jae-woo, jadi saya tahu lebih awal. Jadi saya sedang mempersiapkan hati saya tetapi, adegan yang saya tunjukkan sebelum ini ialah saya berminat dengan lelaki lain.

Kemudian, apabila ditanya aspek mana dalam drama itu yang dia mula melihat Nam Jae-woo sebagai seorang lelaki, Lee Bong-ryun berkata,

Saya rasa saya tidak tahu dengan baik pada mulanya kerana saya rapat dengannya. Daripada berfikir ‘Kenapa Jae-woo?’, saya rasa Yeong-ju adalah orang yang telah melihat Jae-woo terlalu lama dan mengenali keperibadiannya untuk masa yang lama.

lee bongryun crash course in romance

Bagaimanapun, penonton kebanyakannya mengkritik hubungan cinta antara Nam Jae-woo dan Kim Yeong-ju, memandangkan mereka sudah berbelas tahun menganggap satu sama lain sebagai keluarga namun secara tiba-tiba mempunyai perasaan pada satu sama lain. Mengenai ini, Lee Bong-ryun memberi respon sambil ketawa,

Saya dapat memahami reaksi penonton.

Apa pendapat korang mengenai hubungan cinta watak mereka?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...