Ikuti Kami:

Penonton Kritik Jalan Cerita ‘Melting Me Softly’ Semakin Merepek?

Penonton Kritik Jalan Cerita ‘Melting Me Softly’ Semakin Merepek?

Ada ke di antara pembaca KimchiDaily yang sedang melayan drama “Melting Me Softly”? Sudah 8 episod ditayangkan, macam-macam respons yang diberikan oleh penonton setia drama romantik fantasi ini.

Kalau anda nak tahu naskhah ini menekankan hubungan romantik di antara seorang lelaki dan perempuan yang menyertai satu projek pembekuan manusia selama 24 jam. Tapi yang misterinya apabila mereka sedarkan diri, keduanya sudah berada 20 tahun kehadapan. Kesan sampingan daripada projek itu, suhu badan mereka berdua tidak boleh melebihi 33°C dan mereka mesti mengawal kondisi tubuh badan mereka untuk kekal hidup.

melting me softly kian merepek bagi netizen

Walaupun penonton tersangkut menonton “Melting Me Softly” pada awal tayangannya kerana nampak unik, tetapi ada segelintir yang mula merasakan bahawa jalan ceritanya kian merepek.

Ada yang tak suka plot di mana Ma Dongchan tiba-tiba tidak sukakan teman wanita asalnya iaitu Na Hayeong hanya kerana mereka berada dalam keadaan yang berlainan. Beberapa penonton juga keliru dengan babak drastik Go Miran mencium Ma Dongchan. Nampak seperti tak sesuai ‘timing’nya!

melting me softly kian merepek bagi netizen

Antara kritikan penonton terhadap jalan cerita drama ini:

“Saya hanya kekal menonton drama ini kerana Ji Changwook. Tetapi ia kelihatan mengarut sejak daripada episod pertama lagi.”

“Saya sudah ‘buang’ drama ini. Ma Dongchan meninggalkan seseorang yang dia mahu kahwini dan agak mengelirukan apabila tiba-tiba dia asyik berdamping dengan Go Miran. Pada saya dia seperti mahu berkata kepada Na Hayeong bahawa ‘Awak sudah kelihatan tua tetapi saya tidak, jadi kita tak boleh bersama lagi.'”

“Saya hanya menonton kerana pelakon utamanya. Pada saya hubungan mereka seperti tidak masuk akal dan ianya boleh diperbaiki lagi. Saya berasa mereka seperti ‘menggunakan’ nama Ji Changwook dan mensia-siakan bakatnya.”

“Saya juga terfikir kenapa Go Miran menciumnya secara tiba-tiba.”

melting me softly kian merepek bagi netizen

“Dia membuat keputusan untuk menjalani eksperimen itu walaupun teman wanitanya sudah menghalang. Hanya kerana teman wanitanya itu tidak mencarinya dan memaklumkan hal tersebut kepada media dan ahli keluarganya, dia terus bencikan teman wanitanya? Kenapa dia tidak memarahi pembantu doktor itu yang hanya memaklumkan hal tersebut kepada ahli keluarganya?”

“Saya bencikan diri saya kerana masih menonton drama ini walaupun ianya sangat ‘bersepah’.”

Macam-macam betul kritikan yang diterima oleh “Melting Me Softly” walaupun baru sampai ke pertengahan cerita. Rata-rata peminat Ji Changwook juga kecewa dengan naskhah ini kerana ia adalah drama pertama yang diterajui oleh pelakon lelaki itu selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan. Rekod bersihnya sebagai ‘pelakon dengan drama rating tinggi’ juga sedikit tercalar kerana drama ini.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...