Ikuti Kami:

Penonton ‘Demand’ Babak Pasangan Sampingan Euntak & Areum Ditambah Dalam ‘Romantic Doctor Kim 2’!

Penonton ‘Demand’ Babak Pasangan Sampingan Euntak & Areum Ditambah Dalam ‘Romantic Doctor Kim 2’!

Drama “Romantic Doctor Kim 2” sesungguhnya tidak dapat disangkal langsung kepopularitiannya. Bukan sahaja diminati oleh netizen Korea bahkan ramai peminat K-Drama di seluruh dunia yang sedang seronok menyaksikan drama perubatan ini pada saban episod. Mungkin kerana elemen perubatan yang ditonjolkan membuatkan ramai yang tertarik dengan drama ini, atau pun kesemua barisan pelakon yang nampak serasi dan berjaya membawa watak mereka dengan baiknya.

Pasangan pilihan penonton

Seperti yang semua ketahui, pasangan utama bagi “Romantic Doctor Kim 2” ialah Eunjae dan Woojin lakonan Lee Sungkyung dan Ahn Hyoseob. Tetapi rupanya dalam senyap, ramai yang sebenarnya menyokong hubungan cinta di antara jururawat Park Euntak (Kim Minjae dan doktor pelatih Yoon Areum (So Juyeon). Mula berkenalan semasa mereka sama-sama ditugaskan di Hospital Doldam, wanita itu tak pernah menyembunyikan pendapatnya mengenai kekacakan lelaki itu. Lagi pula, apabila doktor itu mendapat tahu bahawa Yeon Woonyoung iaitu pengarah hospital tersebut sebenarnya mempunyai kanser dan Park Euntak memintanya merahsiakan hal itu seterusnya, membuatkan mereka kian rapat.

areum dan euntak dalam romantic doctor kim 2

Cinta Park Euntak dan Yoon Areum bermula

Asyik tolak tarik sahaja, dalam episod kelmarin, Park Euntak akhirnya mengakui dengan beraninya bahawa dia sukakan Yoon Areum. Kyaaaaa! Hal ini bermula apabila jururawat Youngmi yang mengucapkan tahniah kepada doktor pelatih itu kerana telah keluar berdua bersama dengan jururawat lelaki tersebut pada malam sebelumnya.

areum dan euntak dalam romantic doctor kim 2

Keliru dengan hal tersebut, Areum terus mendapatkan Euntak dan meluahkan rasa risau sekiranya ramai yang salah anggap mengenai hubungan mereka sebagai rakan sekerja. Tak berdalih, Euntak meminta agar wanita idamannya itu supaya tidak keluar makan dengan lelaki lain lalu secara tak langsung mengakui bahawa dia sebenarnya sudah lama memendam perasaan cinta tersebut. Areum tesipu malu dengan pengakuan berani tersebut namun cuba mengawal air mukanya kerana tidak mahu dilihat oleh orang lain. Comelnya!

areum dan euntak dalam romantic doctor kim 2

Netizen ‘cair’ lihat pengakuan Park Euntak kepada Yoon Areum

Babak sweet itu berjaya mencairkan hati ramai penonton! Dahlah mereka memang sokong habis hubungan cinta antara kedua pegawai perubatan ini disebabkan babak mereka memang comel belaka. Rasa geram tengok!

Tolonglah banyakkan lagi babak di antara Euntak dan Areum,, Saya mahu melihat mereka gembira bersama!! Kim Minjae dan So Juyeon, saya sayang awak.

 

Pasangan sampingan ini terlampau menarik perhatian. Penat tunnggu babak mereka.

 

Daripada paksa hubungan cinta di antara pasangan utama, saya lebih sokong pasangan sampingan. Mereka kelihatan sangat sepadan!

 

Pasangan ini sangat cantik. Tolong tambah lagi babak mereka bersama.

 

Wow! Pasangan sampingan ini membuatkan hati saya berdebar-debar.

 

Euntak memang sentiasa berterus-terang. Saya sokong Euntak iaitu cinta lelaki sejati!

Alahai padan betul Euntak dan Areum ni! Sampaikan semua penonton demand babak mereka berdua dibanyakkan lagi kerana mereka tak puas lihat pasangan ini bermain cinta. Harapnya mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir drama.

Sumber: Sports Donga (1)(2)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...