Ikuti Kami:

Penonton ‘Back Up’ Drama ‘The Penthouse 2’ Lepas Dikritik Tampil Banyak Babak Keganasan

Penonton ‘Back Up’ Drama ‘The Penthouse 2’ Lepas Dikritik Tampil Banyak Babak Keganasan

Memang mencipta fenomena, premis “The Penthouse” terus menjadi perbualan ramai dek pelbagai isu yang dipaparkan di dalanya.

Terbaru, beberapa penonton dikhabarkan terus meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat banyak aksi tidak sensitif yang dipertontonkan dalam drama tersebut. Jelas Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea, aduan itu dibuat kerana babak pembunuhan, buli dan juga kecurangan.

Bahkan babak buli yang melampau seperti cat yang dituang pada Bae Ro-na dan pelajar yang dihumban ke dalam tandas sambil dihujani dengan kata-kata kesat pembuli turut menimbulkan rasa kurang senang pengadu ini.

kritikan the penthouse 2

Walaubagaimanapun, rata-rata penonton lain mengatakan bahawa “The Penthouse” bukanlah sebuah drama bersiri yang sesuai ditonton oleh penonton bawah umur. Disebabkan itu, ia diberikan rating tontonan untuk 19 tahun dan ke atas sahaja.

Antara komen penonton:

Jadi jangan lah tengok? Kenapa heboh sangat ni?

 

Saya rasa semua watak tak waras… Bahkan penulis dan produser juga sama tak waras sekali.

 

Ada sebab kenapa ia diberi rating 19 tahun ke atas, kenapa sibuk buat aduan hanya kerana kandungan provokatif?

 

Kalau tak selesa jangan tengok. Orang yang mengadu biasanya mesti tonton tiap-tiap episod.

 

Drama ini menjadi popular di negara kita membuktikan bahawa kita semua kurang beremosi.

Rasanya tak salah menonton sebagai hiburan sahaja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...