Ikuti Kami:

“Penjahat No 1” – Lain Dari Imej ‘Jang Bori Is Here’, Kim Jihoon Suka Penonton Takut Lihatnya Dalam ‘Flower Of Evil’

“Penjahat No 1” – Lain Dari Imej ‘Jang Bori Is Here’, Kim Jihoon Suka Penonton Takut Lihatnya Dalam ‘Flower Of Evil’

Selepas kejayaan “Flower Of Evil”, nampaknya ramai yang mula perasan mengenai kehebatan lakonan Kim Ji-hoon dek pembawaan watak antagonis yang mengerikan.

Kalau sebelum ini penonton hanya mengingati lelaki ini dalam “Jang Bori Is Here”, akhirnya dia dapat ‘mencuci’ imej tersebut selepas membawa watak Baek Hee-sung, seorang pembunuh bersiri yang tidak mempunyai perasaan.

Malah Kim Ji-hoon sendiri meluahkan rasa teruja apabila ramai yang mula mengambil tahu mengenainya selepas menonton “Flower Of Evil”, bahkan ada yang menyangka dia adalah seorang pelakon baru. Bukan itu sahaja, ada penonton yang tertanya-tanya sama ada benar dia adalah lelaki yang sama dalam drama “Jang Bori Is Here”.

kim jihoon sebagai baek heesung

Melihatkan reaksi yang berlainan itu, dia ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan puas hati.

Saya sendiri tidak pasti sama ada saya boleh menakutkan penonton kerana saya tak nampak menyeramkan langsung. Tetapi saya ternampak komen seperti ‘Saya sangat takut sehingga hampir terkencing dalam seluar.’. Walaupun menggelikan tetapi saya sangat gembira apabila mendengarnya. Saya seronok dapat menakutkan penonton.

Salah satu komen yang paling meninggalkan kesan kepada saya ialah ‘Dia adalah penjahat no 1 buat saya’. Maksudnya saya adalah penjahat paling mengerikan yang pernah dilihat dalam hidupnya kan? Malah saya juga seronok membaca komen seperti ‘Orang seperti itu mungkin wujud dalam dunia ini.’

Kim Ji-hoon turut meluahkan rasa terkejut apabila penonton merasakan lakonannya adalah sangat menakutkan,

Apabila saya memerhati persembahan saya dengan menonton drama tersebut, saya akan berasa kesal. Saya berharap agar boleh lakukan sesetengah babak dengan ekspresi yang lain ataupun mengutarakan sebahagian skrip dengan nada suara yang lain. Sejujurnya ketika menontonnya sendiri,  ada ketika saya merasakan bahawa lakonan saya tidak berapa menakutkan dan tak cukup untuk memberi impak. Tetapi selepas membaca komen, saya berasa terkejut melihat respons penonton.

Saya hanya menontonnya dengan tenang, mungkin sebab saya sedang menonton sesuatu yang dirakamkan sendiri oleh saya ataupun mungkin saya jenis yang tak takut melihat filem seram. Juga, saya berasa lebih seronok ketika merakamkan babak yang tegang. Mungkin ianya terlalu tegang, jadi saya mempelajari skrip dengan lebih mendalam dan saya menjadi lebih fokus semasa berlakon.

kim jihoon sebagai baek heesung

Disebabkan oleh kejayaan “Flower Of Evil”, Kim Ji-hoon menyatakan bahawa dia masih lagi mahu mencabar dirinya sebagai pelakon dengan membawa pelbagai watak antagonis lagi dalam projek yang akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...