Ikuti Kami:

“Pengurus Saya Basuh Pinggan” – Pendedahan Ryu Junyeol Dikecam Netizen

“Pengurus Saya Basuh Pinggan” – Pendedahan Ryu Junyeol Dikecam Netizen

Tak semena-mena, Ryu Jun-yeol terpalit dengan kontroversi dek sebuah kenyataan yang dilemparnya dalam sebuah siaran langsung baru-baru ini.

Pada November lalu, pelakon itu menyertai siaran langsung ‘Calm Down Man’ di Twitch untuk mempromosikan “The Night Owl”. Ketika itu, Ryu Jun-yeol mendedahkan bahawa dia mempraktikkan gaya hidup ‘sifar pembaziran’ di mana prinsipnya memberi fokus untuk penggunaan semula barangan.

Menurut pelakon Park Jung-min,

Apabila Ryu Jun-yeol di set penggambaran, dia menggunakan talam makanan dan bukannya bekas pakai buang.

ryu junyeol park jungmin

Walau bagaimanapun penjelasan pelakon itu seterusnya menimbulkan kemarahan ramai apabila ditanya sekiranya dia membasuh pinggan di rumah,

Pengurus saya yang basuh.

Seloroh pengacara itu bagi mengelakkan kejanggalan jawapan itu,

Pengurus awak pun praktikkan ‘sifar buangan’ bersama ke?

Walaupun nampak remeh namun rata-rata netizen menyelar Ryu Jun-yeol kerana memberikan tugas luar skop kerja buat pengurusnya,

Agak pelik menyuruh pengurus membasuh pinggannya.

ryu junyeol park jungmin

Pun begitu, ada pendapat mengatakan bahawa pengurusnya mungkin melakukan hal itu atas persetujuan bersama.

Selepas kontroversi itu ‘menebal’,

Disebabkan pelakon itu sudah lama mempraktikkan gaya hidup itu, jadi ada yang turut menyertainya. Saya tak rasa hal ini memerlukan respon lanjut.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...