Ikuti Kami:

Penggemar Naskhah Thriller Misteri WAJIB Tonton 6 Drama Korea Ini!

Penggemar Naskhah Thriller Misteri WAJIB Tonton 6 Drama Korea Ini!

Kalau dulu, drama Korea sinonim dengan genre romantik dan kekeluargaan. Penuh dengan bait skrip yang diungkapkan oleh hero sehingga mampu mencairkan hati heroin. Antara babak klise lain ialah lelaki kaya tangkap ‘cintan’ dengan wanita miskin dan kemudiannya mendapat tentangan keluarga. Mesti dah biasakan dengan plot sebegini?

Pun begitu, penonton kini sudah lebih matang dan dahagakan drama yang ‘luar daripada kotak’. Antara genre drama yang kian popular sekarang ini ialah kisah yang bertemakan thriller, misteri dan juga aksi.

Disebabkan itu, nah admin sediakan senarai drama Korea yang mengangkat tema thriller dan misteri sebagai identiti utama cerita mereka. Bukan calang-calang tahu kerana semua drama yang disenaraikan ini mendapat rating yang sangat tinggi sehingga menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke hari ini.

Signal (2016)

senarai drama thriller misteri korea

Drama ini diterajui oleh nama-nama besar dalam industri seni Korea iaitu Jo Jinwoong, Kim Hyesoo dan Lee Jehoon. Bertemakan thriller dan jenayah di mana masa kini dan masa lampau berjaya disambungkan menerusi satu ‘walkie-talkie’ misteri. Setiap episod digarap berdasarkan kisah jenayah kejam yang terjadi dalam dunia sebenar dan bukannya rekaan penulis. Tiga detektif daripada tahun 1989 dan 2015, mereka melawan tetapan masa dan cuba menyelesaikan pelbagai kes jenayah bagi membongkar kebenaran dan menegakkan keadilan bagi mangsa kesemua jenayah kejam ini.

Save Me (2017)

senarai drama thriller misteri korea

Drama ini membawa tema thriller psikologi dan mengisahkan tentang seorang wanita yang telah terperangkap di dalam sebuah komuniti ajaran sesat yang ekstrem. Terdesak untuk melarikan diri, dia telah meminta bantuan daripada empat orang lelaki yang kebetulan terdengar rayuannya di sebuah lorong gelap. Akhirnya, mereka turut terlibat memerangi komuniti ajaran sesat itu yang berniat untuk memusnahkan kehidupan ramai orang. Naskhah ini telah diterajui oleh beberapa pelakon pelapis iaitu Ok Taecyeon, Seo Yeji, Woo Dohwan dan ramai lagi.

Tunnel (2017)

senarai drama thriller misteri korea

Drama ini dilakonkan oleh Choi Jinhyuk, Park Hyungmin dan juga pelakon wanita Lee Yooyoung. Pada tahun 1986, seorang detektif iaitu Park Gwangho berusaha dengan jitunya bagi menangkap seorang pembunuh bersiri. Semasa mengejar penjenayah itu, dia telah melalui sebuah terowong dan tanpa sengaja telah teleportasi ke tahun 2017. Walaupun sudah 30 tahun, pembunuh itu masih lagi terlepas dan meneruskan siri pembunuhannya. Bagi melumpuhkan penjenayah itu, Park Gwangho telah bekerjasama dengan detektif lain dan seorang profesor dalam bidang psikologi kriminal pada masa kini.

Voice (2017)

senarai drama thriller misteri korea

Mo Jinhyuk merupakan seorang detektif berbakat tapi hidupnya mulai merudum apabila isterinya telah dibunuh oleh seorang pembunuh bersiri. Kerana rasa bersalah, dia telah nekad untuk mencari sehingga ke lubang cacing penjenayah itu. Manakala Kang Kwonjoo pula bekerja di pusat talian kecemasan 112 selepas tamat pelajaran di akademi polis. Semasa mengangkat satu panggilan kecemasan, dia telah terdengar ayahnya yang merupakan seorang sarjan telah dibunuh dengan kejam. Sejak itu, dia sambung belajar di Amerika Syarikat dan kembali ke Korea sebagai seorang profiler suara yang profesional. Bersama-sama, mereka berdua bekerjasama bagi menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan ahli keluarga masing-masing itu. Drama ini diterajui oleh pelakon terkenal iaitu Jang Hyuk dan Lee Hana.

The Guest (2018)

senarai drama thriller misteri korea

20 tahun lalu, Yoon Hwapyung iaitu seorang psikik yang dilahirkan dalam keluarga bomoh dan telah diikenalkan dengan seekor iblis kuat bernama “Sohn” (tetamu). Jelmaan ini adalah sangat berkuasa sehingga dia mampu mengawal iblis lain dan membenarkan mereka merasuk manusia yang lemah. Manusia yang telah dirasuk ini akan menggila dan membunuh keluarga masing-masing sebelum menikam mata mereka sendiri. 20 tahun kemudian, iblis ini kembali mengamuk dan membunuh ramai orang. Tiga orang muda itu iaitu seorang paderi Katolik, seorang detektif yang tak percayakan kisah tahyul dan Yoon Hwapyung yang kini merupakan seorang pemandu teksi telah bekerjasama bagi mengalahkan “Sohn”. Drama hebat ini telah diterajui oleh Kim Jaewook, Kim Dongwook dan Jung Eunchae.

Hell Is Other People (2019)

senarai drama thriller misteri korea

Drama ini berkisar tentang seorang lelaki 20-an (Im Siwan) yang berpindah ke Seoul untuk mencari pekerjaan telah menduduki sebuah asrama yang tidak menyenangkan. Hal ini kerana, semua penduduk asrama itu adalah misteri dan sangat menyeramkan. Watak lakonan Lee Dongwook diberi nama Seo Moonjo, merupakan seorang doktor pergigian yang disenangi oleh orang sekeliling tetapi sebenarnya mempunyai sisi lain yang jahat. Kisah ini sangatlah mengerikan kerana banyak babak pembunuhan yang meloyakan!

Banyak betul drama thriller berkualiti yang telah dikeluarkan oleh industri perfilemen Korea! Kepada sesiapa yang berminat dengan plot cerita yang berat seperti ini, anda semua diwajibkan tengok setiap satu drama yang telah disenaraikan ini. Jangan terlepas!

Sumber: Asianwiki

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...