Ikuti Kami:

Penggambaran Pertama Dah Dipenuhi Babak Aksi, Lee Dongwook Dikhabarkan Sesuai Dengan Watak Gumiho

Penggambaran Pertama Dah Dipenuhi Babak Aksi, Lee Dongwook Dikhabarkan Sesuai Dengan Watak Gumiho

Rasanya ramai yang dah tak sabar nak tonton Lee Dong-wook sebagai gumiho (musang berekor sembilan) dalam drama “Tale Of The Nine Tailed” bermula Oktober nanti!

Drama fantasi urban ini menceritakan kisah gumiho lelaki bernama Yi Yeon (Lee Dong-wook) yang mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar dan juga seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang bersungguh-sungguh mahu menjejaki makhluk itu.

Watak Yi Yeon yang dibawa oleh Lee Dong-wook itu pernah digelar sebagai Tuhan di Pergunungan Baekdudaegan suatu ketika dahulu tetapi kini hidup di bandar. Dia mengembara di antara dunia nyata dan dunia mistik tersebut sambil menjalankan tugas sebagai hakim yang menghukum raksasa menyebabkan masalah dalam dunia manusia. Lelaki tersebut memiliki segalanya daripada kekayaan, persona dan kebijaksaan tetapi Yi Yeon akhirnya terperangkap dengan kisah cinta kejam selepas bergelut dengan kehidupan manusia.

lee dongwook tale of the nine tailed

Lebih mengujakan apabila Lee Dong-wook dilihat mempamerkan kemahiran aksinya pada hari pertama di set penggambaran yang kelihatan seperti majlis perkahwinan.

Pelakon itu berkongsi,

Disebabkan terdapat banyak aksi dan efek grafik yang digunakan dalam babak ini, sejujurnya, penggambaran pertama adalah sedikit sukar. Kami berjaya menamatkannya atas usaha pengarah, pengarah seni mempertahankan diri, pasukan aksi dan juga persediaan teliti kesemua kakitangan.

Selepas tamat penggambaran pertama, saya berasa bangga kerana kami mampu menyudahkan babak sukar itu dan saya juga mula meletakkan kepercayaan kepada kakitangan. Saya berasa lega apabila sedar saya hanya perlu percayakan kesemua orang di set dan dengan pemikiran seperti itu, saya dapat lakukan sebaiknya kettika penggambaran.

Malah pihak produksi juga gembira dengan keputusan Lee Dong-wook untuk menggalas watak Yi Yeon di dalam drama ini,

Kami sangat gembira apabila Lee Dong-wook membawa watak Yi Yeon, kami berjaya masukkan bahagian terbesar untuk susun suai ‘Tale Of The Nine Tailed’. Lee Dong-wook sedang membina drama yang hebat dengan analisis dan kajian mendalamnya untuk watak baru Yi Yeon. Sila nantikan persembahan Lee Dong-wook di dalam drama ini.

lee dongwook tale of the nine tailed

Daripada gambar yang dimuat naik oleh pihak produksi, nampaknya Lee Dong-wook bejaya menjiwai watak Yi Yeon dengan hebat sekali. Tak sabar nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...