Ikuti Kami:

Penggambaran ‘Hi Bye, Mama!’ Dihentikan Seketika Kerana Staf Tunjuk Simptom COVID-19, Tetapi…

Penggambaran ‘Hi Bye, Mama!’ Dihentikan Seketika Kerana Staf Tunjuk Simptom COVID-19, Tetapi…

Drama terbaru lakonan Kim Taehee iaitu “Hi Bye, Mama!” ternyata mendapat sambutan ramai dan kian popular walaupun baru sahaja 4 episod ditayangkan. Plot ceritanya yang meruntun hati membuatkan penonton terpaksa sediakan kotak tisu setiap kali menonton drama fantasi ini. Bukan sahaja jalan cerita best tetapi lakonan meyakinkan yang ditunjukkan oleh Kim Taehee dan Lee Kyuhyung menyebabkan cerita ini jadi dua kali lebih sedih.

Dalam kegembiraan mendapat reaksi positif daripada penonton, telah dilaporkan bahawa penggambaran “Hi Bye, Mama!” terpaka dihentikan seketika kerana salah seorang daripada kakitangan produksi menunjukkan simptom COVID-19.

Seorang staf telah berada dalam pengasingan sejak daripada 1 Mac dan penggambaran pada hari ini telah dibatalkan atas sebab keselamatan sehingga keputusannya keluar pada keesokan hari. Setakat ini tiada halangan kepada produksi drama namun kami akan memberi perhatian kepada situasi ini dan mencuba sedaya upaya untuk memastikan keselamatan semua.

Sekiranya kakitangan tersebut benar-benar dijangkiti COVID-19, agak sukar untuk meneruskan penggambaran kerana kesemua staf lain dan pelakon terpaksa melalui pemeriksaan bagi mengenal pasti sama ada mereka turut dijangkiti virus itu.

kim taehee dan lee kyuhyung hi bye mama

Walaupun keputusan pemeriksaan kakitangan tersebut dikhabarkan akan keluar hari ini (2 Mac) tetapi sumber daripada drama “Hi Bye, Mama!” sendiri telah mendedahkan pada malam kelmarin bahawa keputusannya adalah negatif.

Pemeriksaan kakitangan yang menunjukkan simptom COVID-19 itu disahkan negatif. Jadi, kami akan meneruskan penggambaran.

Fuhhh! Nasib baiklah semuanya baik-baik sahaja. Pun begitu, kesemua kakitangan dan pelakon “Hi Bye, Mama!” seharusnya terus berhati-hati kerana mereka sering melakukan penggambaran di luar. Jadi sepatutnya mereka meningkatkan keselamatan bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.

Sumber: Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...