Ikuti Kami:

Penggambaran Filem ‘Bogota’ Ditunda, Song Joongki Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Colombia

Penggambaran Filem ‘Bogota’ Ditunda, Song Joongki Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Colombia

Novel coronavirus (COVID-19) merupakan satu pandemik yang telah menggegarkan dunia sejak daripada penghujung tahun lepas lagi. Disebabkan terlalu teruk sehinggakan sudah puluhan ribu kematian yang direkodkan di serata tempat sehingga menimbulkan kerisauan ramai.

Bahkan rata-rata negara telah meminta rakyat mereka supaya tinggal sahaja di rumah bagi mengelakkan lagi penularan wabak ini secara berleluasa. Kesemua pekerja juga diarahkan bekerja daripada rumah atau pun bercuti sahaja supaya mengurangkan orang ramai berhimpun di tempat yang sama dalam satu masa.

song joongki dikerah pulang korea kerana covid-19

Dunia hiburan juga terkena tempias wabak ini apabila banyak filem yang dirakamkan di luar negara terpaksa menghantar pihak produksi dan pelakon kembali ke negara asal supaya semua tidak terjejas dengan COVID-19. Song Joongki yang sedang sibuk dengan penggambaran filem “Bogota” turut dihantar pulang dan telah pun selamat sampai di Korea hari ini daripada Colombia.

Song Joongki sudah pulang ke Korea pada 24 mac dan nasib baik dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Dia akan mengambil masa untuk melalui proses isolasi dan mengambil peluang ini untuk berehat buat seketika waktu.

Bukan sahaja Song Joongki tetapi kesemua pihak produksi dan pelakon lain yang terlibat dengan filem “Bogota” sudah pun selamat sampai di Korea.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...