Bukan sahaja berbakat dalam bidang tarian dan nyanyian malahan, Jennie BLACKPINK juga turut diminati peminat dek citarasa fesyennya yang ikonik.
Baru-baru ini, seorang pengguna di TikTok telah berkongsi suasana di kedai COS Pavilion Kuala Lumpur, menunjukkan ramai orang yang sedang beratur panjang untuk membeli beg ‘Quilted Shoulder Bag’ yang semakin trending baru-baru ini.
Untuk pengetahuan, beg dari jenama fesyen Eropah itu telah berada di pasaran sekurang-kurangnya dua tahun kini dan ianya boleh didapati dalam tiga saiz – mini (RM160), kecil (RM240) dan besar (RM360).
Bagaimanapun, ia hanya mula menjadi popular selepas Jennie berkongsi fotonya menggayakan beg tersebut pada 2021 yang lalu dan juga telah habis terjual di semua kedai dan platform.
https://www.tiktok.com/@fishmeatdie/video/7198490004224609562
Beberapa hari yang lepas, pengguna TikTok @fishmeatdie telah berkongsi bahawa kedai COS di Pavilion Kuala Lumpur baru sahaja stok semula beg ‘Quilted’ tersebut, dan setiap pelanggan dihadkan untuk membeli hanya dua beg sahaja kerana stok adalah terhad.
Fuh lain macam impak Jennie!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉