Ikuti Kami:

Pengaruh Hebat, Jennie & Jisoo BLACKPINK Raih Lebih RM6 Juta Untuk Setiap Foto Di Instagram

Pengaruh Hebat, Jennie & Jisoo BLACKPINK Raih Lebih RM6 Juta Untuk Setiap Foto Di Instagram

BLACKPINK memang tidak dinafikan antara kumpulan K-Pop wanita popular di seluruh dunia kini.

Terbaru, syarikat data Launch Metrics telah mengeluarkan satu data nilai pengaruh media oleh selebriti di Korea Selatan. Khususnya, nama Jennie dan Ji-soo BLACKPINK yang tersenarai dalam data tersebut, telah menarik perhatian.

Menurut data, penampilan Jennie di acara Chanel pada Mac lepas telah membawa nilai pengaruh media sebanyak 4.3 bilion won (RM13,918,342) pada masa itu. Ini bermakna, setiap entri yang dimuat naik Jennie ketika itu di Instagram peribadinya, mempunyai nilai yang sama.

Selain itu, Ji-soo juga telah membuktikan pengaruhnya yang kuat, apabila siaran langsung pertunjukan fesyen Dior yang dihadirinya pada Mac lepas, mencatat tontonan 140 juta tontonan. Ketika itu, foto yang disiarkan Ji-soo di Instagram bernilai kira-kira 2 bilion won (RM6,473,647).

blackpink

Bukan itu sahaja, impak hebat BLACKPINK juga dapat dibuktikan dengan saluran YouTube mereka yang kini mempunyai lebih 81.8 juta keahlian, merupakan artis pertama dalam sejarah yang berjaya mencatat rekod sedemikian.

Menurut laman analisis data Nox Influencer, setiap video di saluran YouTube BLACKPINK telah menjana lebih dari 2 bilion won (RM6,473,647) dari hasil pengiklanan.

BLACKPINK power!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...