Ikuti Kami:

Pengarah Hwang Donghyuk & Lee Jungjae Rangkul Anugerah Di ‘Emmy Awards’ Untuk ‘Squid Game’

Pengarah Hwang Donghyuk & Lee Jungjae Rangkul Anugerah Di ‘Emmy Awards’ Untuk ‘Squid Game’

Sudah hampir setahun selepas ditayangkan namun, siri “Squid Game” terus menerus mencipta sejarah hebat!

Pada 12 September waktu tempatan, Anugerah Emmy 2022 telah berlangsung secara rasmi. Pelakon “Squid Game” iaitu Lee Jung-jae, Jung Ho-yeon, Park Hae-soo dan Oh Young-soo turut hadir bersama dengan pengarah Hwang Dong-hyuk.

Membanggakan, apabila pengarah Hwang Dong-hyuk berjaya merangkul Anugerah Emmy untuk kategori Pengarah Terbaik buat siri “Squid Game”. Tambahan, “Squid Game” juga merupakan drama bukan bahasa Inggeris pertama dalam sejarah yang mempunyai kemenangan di Anugerah Emmy. Hwang Dong-hyuk meluahkan rasa syukurnya,

Saya sangat berterima kasih kepada Emmy dan Netflix. Mereka mengatakan mereka mencipta sejarah untuk saya, tetapi kami semua mencipta sejarah bersama. ‘Squid Game’ ialah drama bukan Inggeris pertama dalam sejarah untuk menerima Emmy. Saya harap ini bukan trofi Emmy terakhir saya. Saya akan kembali dengan Musim 2.

hwang donghyuk lee jungjae

Bukan itu sahaja, pelakon utama “Squid Game” iaitu Lee Jung-jae turut berjaya membawa pulang trofi untuk Anugerah Pelakon Drama Terbaik buat “Squid Game”, dan kini merupakan pelakon pertama dari drama bukan bahasa Inggeris yang mempunyai kemenangan ini.

Tahniah Hwang Dong-hyuk dan Lee Jung-jae!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...