Ikuti Kami:

Pengarah ‘Dokgo Rewind’ Kongsi Sebab Musim Kedua Sukar Direalisasikan

Pengarah ‘Dokgo Rewind’ Kongsi Sebab Musim Kedua Sukar Direalisasikan

Berdasarkan webtoon “Dokgo”, Kang Hyuk (Se-hun EXO) yang merupakan pelajar bermasalah mula berkawan dengan beberapa orang yang mahu melindungi adik kepada Kim Gyu-soon. Semuanya menjadi lebih genting apabila mereka semua diserang oleh sekumpulan budak nakal daripada sekolah mereka.

Kalau anda nak tahu, “Dokgo Rewind” ialah merupakan prekuel kepada “Dokgo” di mana ia berlaku setahun sebelum abang kembar Kang Hyuk ditimpa masalah. Oleh sebab drama web ini yang menerima respon positif semasa ditayangkan pada 2018, ramai yang berharapkan ada drama untuk “Dokgo” pula.dokgo rewindNamun begitu, pengarah Choi Eun-jong baru-baru ini meluahkan kesukaran untuk melunaskan permintaan tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

Musim kedua ‘Dokgo Rewind’, sejujurnya saya juga mahu mengarahkannya. Namun disebabkan oleh situasi produksi, jadual para pelakon dan hal-hal lain, agak sukar untuk menghasilkannya. Minta maaf.

Dibintangi oleh pelakon popular seperti Se-hun (EXO), Ahn Bo-hyun dan Jo Byeong-gyu, sudah pasti agak sukar untuk mengumpulkan mereka dalam skrin yang sama kini memandangkan semuanya mempunyai jadual seni yang ketat.

Harapnya impian ini akan direalisasikan suatu hari nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...