Ikuti Kami:

Pendapat Tentang Penceraian Berubah, Netizen Mula ‘Back Up’ Song Hyekyo & Kritik Song Joongki?

Pendapat Tentang Penceraian Berubah, Netizen Mula ‘Back Up’ Song Hyekyo & Kritik Song Joongki?

Sekiranya mengingati situasi pada ketika penceraian Song Joong-ki dan Song Hye-kyo sedang hangat diperkatakan, korang pasti tahu bahawa ramai yang menyalahkan wanita itu kan?

Disebabkan oleh pengumuman perkahwinan antara Song Joong-ki dan Katie Louise Saunders baru-baru ini, secara tiba-tiba hal itu kembali menjadi perbualan netizen.

Menerusi forum popular di Korea, satu artikel mengenai perkahwinan lama mereka berdua kembali tular namun dengan kandungan terbalik di mana Song Hye-kyo pula menerima perlindungan ramai.

Semasa penceraian bersama Song Joong-ki, Song Hye-kyo terpaksa berlawan dengan bekas suami dan media. Ramai menuduh wanita itu yang bersalah kerana dia mendiamkan diri, termasuklah dikecam tidak boleh hidup tanpa lelaki. Mereka mengungkit gosip cinta lamanya dan mendakwa dia sebagai penggoda hanya kerana informasi tak sahih. Tapi kini, Song Joong-ki sebenarnya yang mendapat teman wanita baru hanya beberapa bulan selepas bercerai dan bakal berkahwin tak lama lagi.

song joongki song hyekyo

Komen netizen lain yang bersetuju dengan luahan itu,

Biar Song Hye-kyo hidup dengan tenang.

 

Kalau saya Song Hye-kyo, saya akan menyesal mengahwini Song Joong-ki.

 

Song Hye-kyo hanya berinteraksi dengan rakan pelakon lelaki sebagai kawan tapi dia digelar pencurang.

 

Kalau Song Hye-kyo yang umum perkahwinan, mesti kena kecam teruk.

Malah ada yang mendakwa pihak Song Joong-ki merupakan penyebar utama mengenai berita penceraiannya pada ketika itu selain mengumumkan berita tersebut ketika Song Hye-kyo sedang menghadiri aktiviti di luar negara. Tambahan pula, terdapat maklumat mengatakan Song Joong-ki menfailkan penceraian secara sendiri hingga menyebabkan Song Hye-kyo dituduh sebagai puncanya.

song joongki song hyekyo

Kata seorang individu lain,

Kalau yang membenci mengatakan Song Hye-kyo ialah ‘pengumpul lelaki’ maknanya Song Joong-ki ialah ‘pengumpul perkahwinan’.

Apa pun, terdapat peminat yang mengambil keputusan untuk bersikap neutral dan mengatakan bahawa penceraian bukan salah mana-mana pihak serta meminta orang ramai supaya ‘move on’ daripada kisah lama itu.

Harap yang terbaik untuk mereka, siapa kita nak menghukum kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...