Ikuti Kami:

Pendakwaraya Dapat Peluang Hidup Kedua, Lee Junki Sah Terajui Drama ‘Again My Life’

Pendakwaraya Dapat Peluang Hidup Kedua, Lee Junki Sah Terajui Drama ‘Again My Life’

Selepas “Flower Of Evil” tamat, nampaknya Lee Jun-ki ditawarkan untuk berlakon ddalam terbaru SBS nanti.

“Again My Life” diadaptasi daripada novel tulisan Lee Hae-nal selain turut menerima respon yang baik sebagai webtoon. Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang menjalani kehidupan keduanya.

Lee Jun-ki dikatakan bakal membawa watak Kim Hee-woo di mana dia memasuki fakulti undang-undang di Universiti Korea selepas meraih tempat ketiga di sekolah menengah. Meneruskan kehidupan sebagai atlet seni mempertahankan diri, lelaki itu kemudiannya lulus ujian undang-undang. Semasa sedang menyiasat kes rasuah melibatkan ahli politik Jo Tae-seop, dia dibunuh dan kembali hidup bagi menegakkan keadilan.

lee junkiSelepas berita itu berterbangan, agensinya mengesahkan bahawa Lee Jun-ki akan muncul di dalam drama “Again My Life”. Malah pelakon Lee Kyung-young akan turut menyertai drama itu memberitahu bahawa mereka sudah menyertai sesi pembacaan skrip hari ini.

Tak sabarnya! Teringat drama “Lawless Lawyer”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...