Ikuti Kami:

Penat Asyik Ditanya Mengenai Hubungan Cintanya, Hyeri Akui Masih Bahagia Dengan Ryu Junyeol

Penat Asyik Ditanya Mengenai Hubungan Cintanya, Hyeri Akui Masih Bahagia Dengan Ryu Junyeol

Peminat K-Drama pastinya mengenali pasangan ‘hot’ iaitu Ryu Junyeol dan Hyeri! Mula berkenalan selepas berlakon bersama dalam Reply 1988, tidak sangka hubungan rakan sekerja itu akhirnya bercambah menjadi hubungan romantik. Rata-rata peminat drama itu menunjukkan sokongan yang padu kepada kepada kedua-dua pelakon ini selepas mereka mengaku sedang bercinta!

Setelah 2 tahun lebih menyulam kasih, Hyeri mendedahkan bahawa mereka masih lagi bercinta dengan bahagianya menerusi sebuah temu bual mengenai dramanya yang baru tamat tayangan iaitu “Miss Lee”.

“Walaupun kami berdua sibuk, tapi kami masih lagi berjanji temu dengan baik. Saya berjumpa dengan ahli Girls’ Day sama banyak dengan teman lelaki saya!” selorohnya.

hyeri dedah masih bercinta dengan ryu junyeol

Meskipun, ditemu bual untuk wataknya dalam drama “Miss Lee” tetapi wartawan tersebut tetap tidak terlupa untuk menyelit beberapa soalan mengenai kekasihnya, Ryu Junyeol.

“Sejujurnya, bukannya saya tidak dapat mengagak soalan seperti ini akan ditanya ketika sesi temu bual tetapi saya berasa sedikit kecewa kerana apabila bercerita mengenai hal itu, pastinya fokus akan diberatkan kepada cerita tersebut sahaja. Walaupun saya menghabiskan masa sejam menjawab pelbagai soalan, tajuk berita mesti berubah menjadi lain? Itu yang saya dapat lihat.”

Hyeri juga berkongsi bahawa Ryu Junyeol turut menonton lakonannya sebagai Sun Shim di dalam drama “Miss Lee”.

hyeri dedah masih bercinta dengan ryu junyeol

“Saya rasa teman lelaki saya juga terhibur apabila menonton watak Sun Shim. Apa-apa maklumbalas atau pun nasihat yang diberikan kepada saya, pastinya saya akan bawa ke hati. Dia boleh menjadi kasar dan kritikal, tetapi dia juga boleh menjadi baik dan memahami.”

Comel sungguh pasangan ini! Harapnya hubungan romantik Hyeri dan Ryu Junyeol bakal membawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...