Ikuti Kami:

Penantian Berakhir! Baekhyun Umum Album ‘Comeback’ EXO

Penantian Berakhir! Baekhyun Umum Album ‘Comeback’ EXO

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun EXO keluarkan album penuh iaitu ‘Don’t Mess Up My Tempo’ kan? Lepas itu, ahli kumpulan mereka dah tinggal enam orang sahaja sebab Xiumin dan D.O. sedang sibuk berhempas-pulas dalam kem untuk latihan khidmat ketenteraan yang diwajibkan bagi lelaki Korea.

Walaupun aktiviti berkumpulan mereka tak aktif, setiap daripada ahli kumpulan itu mengisi masa terluang mereka dengan melakukan promosi solo. Antaranya ialah Baekhyun, Lay dan Chen yang sibuk mempromosikan album solo mereka, Sehun dan Chanyeol dengan album unit iaitu EXO-SC, Suho pula terikat dengan penggambaran filem, manakala jadual Kai dan Sehun juga padat dengan aktiviti modelling. Laku gila tau!

Pun begitu, kebanyakan peminat ternanti-nantikan kemunculan semula mereka dengan album penuh yang baru. Penantian Exo-L nampaknya tak sia-sia apabila Baekhyun telah memberikan ‘hint’ bahawa kesemua ahli kumpulan EXO akan memasuki studio rakaman bermula pada minggu hadapan menerusi IG Live yang dilakukannya semalam!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...