Ikuti Kami:

Penangan ‘The World Of The Married’, Kim Heeae Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Baeksang Arts Awards

Penangan ‘The World Of The Married’, Kim Heeae Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Baeksang Arts Awards

Anugerah berprestij iaitu Baeksang Arts Awards yang ke-56 telah pun tirainya sebentar tadi. Meskipun tidak dihadiri oleh penonton dan setiap daripada pelakon perlu menjarakkan diri daripada satu sama lain, majlis itu tetap berjalan dengan meriah.

Seperti yang semua tahu, drama “The World Of The Married” yang mencipta fenomena dalam dunia K-Drama baru-baru turut menerima beberapa pencalonan pada anugerah ini. Sayangnya Han So-hee (Anugerah Pelakon Baru Perempuan Terbaik – Drama) dan Kim Young-min (Anugerah Pelakon Sokongan Lelaki Terbaik – Drama) gagal membawa pulang trofi yang dipertandingkan untuk kategori masing-masing itu.

han sohee baeksang arts awards 56

Walaubagaimanapun, “The World Of The Married” berjaya meraih Anugerah Pengarah Terbaik – Drama dek kemahiran pengarahan yang hebat ditunjukkan oleh Mo Wan-Il. Kemenangan ini nyata manis untuk pihak produksi drama tersebut.

Lagi menyeronokkan apabila pelakon wanita terhebat iaitu Kim Hee-ae yang berjaya menghidupkan watak Ji Sun-woo telah membawa pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Drama yang memang selayaknya dimenangi oleh pelakon itu.

kim heeae pelakon wanita terbaik

Kemenangan itu turut menerima tepukan gemuruh daripada Park Hae-jun yang membawa watak Lee Tae-oh yang duduk di sebelahnya di tempat duduk pelakon. Ucapan Kim Hee-ae nyata membuatkan lelaki itu tersipu malu.

Lelaki paling banyak menerima carutan daripada seluruh negara iaitu Park Hae-jun adalah seorang pelakon yang terbaik. Saya mahu kongsi kemenangan ini bersamanya.

park haejun baeksang arts awards 56

Kim Hee-ae turut tidak lupa untuk meminta pelakon lain yang tercalon dalam kategori yang sama iaitu Son Ye-jin, Kim Hye-su, Lee Ji-eun (IU) dan Gong Hyo-jin supaya menyambut kemenangan ini bersama-sama. Malahan turut menyebut nama Kim So-hee dan Kim Young-min yang turut hadir bagi mewakili drama “The WOrld Of The Married”.

Rata-rata penonton bersetuju dengan kemenangan Kim Hee-ae dan menyatakan bahawa daripada segi mutu lakonan, tiada siapa boleh lawan kehebatannya dalam menghidupkan watak Ji Sun-woo. Walaupun pelakon lain juga telah memberikan yang terbaik tetapi aura wanita berusia 53 tahun ini terlampau ‘ganas’.

Rasanya orang akan ingat drama “The World Of The Married” sampai bila-bila!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...