Ikuti Kami:

Penangan ‘Crash Landing On You’, Nama Son Yejin Semakin Menjadi Sebutan Di Peringkat Global

Penangan ‘Crash Landing On You’, Nama Son Yejin Semakin Menjadi Sebutan Di Peringkat Global

Siapa sangka drama “Crash Landing On You” akan melebarkan sindromnya di luar Korea sehingga ke serata dunia. Tak terkejut apabila banyak saluran media daripada luar negara seperti IMDB, Rotten Tomato, Forbes, Washington Post dan banyak lagi turut memberikan ‘thumbs up’ kepada naskhah ini.

Bahkan hal ini menyebabkan semakin ramai yang mula memberikan perhatian kepada Son Ye-jin kerana mampu ‘menghidupkan’ watak Yoon Se-ri dengan hebatnya dalam naskhah melodrama ini.

son yejin kian popular di persada antarabangsa

Oleh kerana populariti yang meletup sakan, semakin ramai peminat K-Drama daripada luar Korea mula menyelongkar naskhah sama ada filem atau pun drama yang pernah dibintangi oleh wanita cantik ini. Khabar pun indah, kenyataan sebenarnya pun memang indah apabila ramai di antara mereka yang berpuas hati dengan filmografi yang dipelopori oleh Son Ye-jin.

Malahan peminat drama “Crash Landing On You” juga memberikan perhatian yang tidak terhingga kepada minat pelakon tersebut dalam bidang fesyen dan kecantikan. Banyak jenama daripada luar negara yang telah memuat naik analisis mengenai pakaian dan solekan seharian yang dikenakan oleh Son Ye-jin, sampai dijadikan contoh dalam majalah fesyen!

Tak cukup dengan itu, dikhabarkan banyak akaun baru yang dibuka di laman penstriman Youtube dan media sosial lain bagi menyelidik lebih mengenai Son Ye-jin. Menurut data yang dikumpulkan, pengguna baru ini kebanyakannya berasal daripada Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Arab Tengah dan Eropah. Fuhh hebat betul penangan Yoon Se-ri!

son yejin kian popular di persada antarabangsa

“Crash Landing On You” juga nyata mencipta fenomena di Jepun apabila drama ini berjaya duduk selesa di tangga teratas pilihan penonton di laman penstriman Netflix selama 3 minggu. Walaupun peminat K-Drama biasanya merangkumi wanita pertengahan umur tetapi naskhah ini berjaya menarik penonton daripada pelbagai latar belakang termasuklah lelaki dan wanita daripada remaja sehingga yang berusia 20-an.

Oleh kerana respons ‘panas’ yang diberikan kepada Son Ye-jin kerana drama ini, wanita ini dikatakan akan lebih berhati-hati memilih watak dan drama seterusnya supaya tidak menghampakan peminatnya yang kian bertambah ini.

Hebatlah Son Ye-jin!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...