Ikuti Kami:

Penangan ‘CLOY’, Hyunbin & Son Yejin Menang Kategori Populariti Tajaan TikTok Di Anugerah Baeksang Ke-56

Penangan ‘CLOY’, Hyunbin & Son Yejin Menang Kategori Populariti Tajaan TikTok Di Anugerah Baeksang Ke-56

Masihkah anda ingat dengan drama melodrama popular yang ditayangkan pada awal tahun ini iaitu “Crash Landing On You”? Sungguh hebat penangan gandingan di antara Hyunbin dan Son Ye-jin sehinggakan nama mereka menjadi sebutan peminat K-Drama seluruh dunia sehingga kini.

Kalau anda nak tahu, kedua-dua pelakon ini telah dipilih sebagai antara pelakon popular untuk tahun ini dalam Anugerah Seni Baeksang ke-56. Majlis berprestij yang dicadangkan berlangsung pada 5 Jun ini di Kintex terletak di Ilsan tanpa kehadiran penonton dek wabak COVID-19.

son yejin dan hyunbin

Walaupun anugerah itu bakal berlangsung dalam masa sehari lagi, tetapi pemenang untuk ‘Anugerah Paling Popular’ yang dicalonkan dengan kerjasama laman TikTok telah pun mengumumkan pemenangnya secara tidak rasmi apabila undian peminat ditutup pada tengah malam 2 Jun.

Langsung tak mengejutkan apabila Hyunbin dan Son Ye-jin mengungguli kedua-dua anugerah populariti tersebut. Daripada 33 pelakon lelaki yang tercalon, Hyunbin duduk di tangga teratas dengan 1,517,925 undian. Manakala daripada 34 pelakon wanita yang dicalonkan, Son Ye-jin meraih tempat pertama dengan 1,659,330 undian.

anugerah populariti baeksang awards

Nampaknya lakonan mereka sebagai pasangan tentera Korea Utara dan wanita kaya daripada Korea Selatan berjaya menyentuh hati penonton sehingga membolehkan mereka meraih anugerah hebat ini.

Tahniah kepada Hyunbin dan Son Ye-jin!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...