Penampilan Seksi Seo Yeji Di ‘2020 Buil Film Awards’ Trending, Raih Anugerah Pelakon Wanita Popular

Setelah tamat drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”, nampaknya nama Seo Ye-ji terus menjadi sebutan ramai kerana bakat lakonannya yang hebat. Malah rupanya yang menawan turut berjaya merebut hati ramai peminat K-Drama, tak kisahlah lelaki mahupun wanita.

Disebabkan itu, wanita tersebut telah dijemput hadir ke anugerah berprestij di Korea iaitu “Buil Film Awards” untuk tahun 2020. Rata-rata penonton nyata tergamam melihatkan Seo Ye-ji yang tampil dengan gaun elegan hitam tanpa bahu yang terbelah sehingga ke paha selain menambahkan keseksian pada penampilannya itu.

seo yeji seksi seo yeji seksi

Malah rupanya itu telah trending di serata laman komuniti dan kesemuanya meluahkan rasa terpegun melihatkan kecantikan wanita itu.

Setiap kali melihatnya pasti yang tergamam. Dia sangat cantik sehingga orang pasti akan mengalihkan perhatian kepadanya.

 

Cantik sungguh dandanan rambutnya..

 

Wah.. cantik bagai nak gila.

 

Kalau lihat pada video, mesti awak ingat dia adalah patung.

Bukan sahaja cantik, namun Seo Ye-ji berjaya membuktikan bahawa dia adalah pelakon pilihan ramai apabila berjaya mengaut anugerah Pelakon Wanita Popular untuk persembahannya menerusi filem “Quantum Physics”.

Seo Ye-ji tak penat ke cantik hari-hari? Mesti peminat yang penat nak jaga jantung berdegup kencang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply