Kalau korang perasan beberapa hari lepas terdapat satu tag iaitu ‘StayStrongRosé’ telah trending di Twitter.
Hal ini kerana ramai peminat Rosé merasakan syarikat YG Entertainment memberikan layanan berbeza kepada setiap ahli kumpulan BlackPink.
Menurut peminat, kesemua jadual ahli BlackPink dipenuhi dengan macam-macam aktiviti tapi lain ceritanya bagi Rosé kerana sampai ke hari ini, jadualnya untuk 2019 nampak kosong!
Mungkin idola itu perasan yang peminatnya sedang menekan YG supaya memenuhkan jadualnya, lantas dia telah memuat naik satu video melalui Instagram Livenya.
rosé basically told us that her solo is coming and that she’s really excited and in full control of it so when it gets released everyone better support her! pic.twitter.com/Z9QLjeX7FZ
— jisoo (@jnkjisoo) September 1, 2019
Menurut Rosé, album solonya sedang dalam produksi dan akan dikeluarkan nanti. Dia menjelaskan album itu akan dikeluarkan apabila dia berpuas hati dengan hasil keseluruhannya.
Dia juga menambah bahawa album itu di bawah kawalannya, jadi dia mahu memastikan ianya sempurna sebelum sampai ke tangan peminatnya.
“Saya tahu apabila saya mendiamkan diri atau pun bila anda tidak dapat melihat saya, saya sebenarnya sedang melakukan sesuatu untuk anda semua. Saya tahu anda berasa hampa apabila saya tidak memberi apa-apa kemas kini mengenai kehidupan saya,” katanya lagi.
Jelas kelihatan bahawa Rosé tahu ramai peminat yang mahu tahu tentang aktiviti seninya.
Sumber: DailyNaver, Koreaboo