Ikuti Kami:

Peminat Terkejut Lihat Kim Woobin Tampil Berambut Panjang!

Peminat Terkejut Lihat Kim Woobin Tampil Berambut Panjang!

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon Kim Woobin telah disahkan menghidap sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak iaitu kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017 dahulu. Tetapi lelaki itu bernasib baik kerana ketumbuhannya itu dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia menjadi lebih serius.

Selepas pendedahan itu, lelaki tampan tersebut lebih senang mendiamkan diri dan menjauhi daripada menjadi perhatian media dan orang ramai. Pun begitu, selepas 2 tahun berehat, Kim Woobin kini telah kembali aktif secara rasminya dalam dunia hiburan dengan kehadirannya sebagai salah seorang penyampai di “40th Blue Dragon Film Awards” yang berlangsung beberapa minggu lepas.

Terbaru, syarikat naungan lelaki itu iaitu SidusHQ telah memuat naik beberapa keping gambar profilnya untuk tatapan peminat. Yang mengejutkan ialah Kim Woobin telah tampil dengan gaya rambut yang panjang sehingga mencecah ke paras bahu.

kim woobin rambut panjang kim woobin rambut panjang

Menurut syarikatnya, mereka melakukan penggambaran ini ketika dia dalam rehat yang panjang. “Kami melakukan penggambaran ini ketika Kim Woobin menyimpan rambut yang panjang. Ia adalah untuk merekodkan kepada peminat ketika dia tidak mampu menyapa mereka langsung. Kami telah merancang untuk menghadiahkannya kepada peminat nanti.”

Walaupun mempunyai rambut yang panjang tetapi rata-rata peminat memuji penampilan ‘fresh’ pelakon itu. Bagi mereka, Kim Woobin masih mampu menyelamatkan gaya rambut itu dan kelihatan tampan dan kacak meskipun berbeza dengan penampilan rambut pendeknya sebelum ini.

Sumber: SPOTV NEWS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...