Ikuti Kami:

Peminat Terkedu Melihat Lee Dongwook Berambut Panjang!

Peminat Terkedu Melihat Lee Dongwook Berambut Panjang!

Tahun 2019 sememangnya merupakan tahun yang memberangsangkan bagi pelakon terkenal iaitu Lee Dongwook! Sejak membawa watak menyeramkan dalam drama thriller “Hell Is Other People”, semakin ramai yang mengakui bahawa lelaki macho ini memiliki bakat lakonan yang versatil!

Oleh kerana kejayaannya yang membanggakan pada tahun ini, majalah GQ Korea telah menamakan Lee Dongwook sebagai “Men of the Year” untuk tahun 2019. Bukannya dia sahaja, bahkan Song Mino (WINNER), Oh Hyuk dan juga Minhyun (NU’EST) turut menerima penghargaan bersama dengannya. Tapi yang bestnya apabila pelakon lelaki itu telah menyandang gelaran tersebut selama 2 tahun berturut-turut!

lee dongwook berambut panjang

Bagi memberi penghargaan kepada gelaran itu, Lee Dongwook telah merakamkan satu penggambaran khas bertemakan ‘Mickey Mouse’ untuk majalah tersebut. Yang memeranjatkan peminat apabila dia menstailkan rambut yang lebih panjang sehingga melebihi paras bahu.

 

 

View this post on Instagram

 

지큐가 선정한 올해의 남자, 두 번째는 배우 이동욱입니다. 올해 데뷔 20주년을 맞은 그는 <타인은 지옥이다>를 통해 연기의 영역을 넓혔고, MC로서 섬세한 진행도 보여 줬습니다. 그 사이에 팬들을 위한 이벤트도 잊지 않았고요. 바쁜 남자는 많지만 그만큼 사려 깊은 남자는 드물죠. 오래 볼수록 빠져들게 되는 이동욱의 화보는 오후 6시에 공개됩니다. – @leedongwook_official #이동욱 #leedongwook #이동욱은토크가하고싶어서 #타인은지옥이다 #menoftheyear2019 #맨오브더이어2019 #맨오브더이어 #menoftheyear #moty #구찌 #gucci #지큐12월호 #GQNIGHT #지큐나이트 #GQKOREA – DIGITAL EDITOR 이재위 FASHION EDITOR 박나나 DESIGNER 김소연 VIDEOGRAPHER 소재범 BRAND 구찌 @gucci

A post shared by GQ KOREA (@gq_korea) on

Tapi jangan terkejut kerana rambut yang panjang itu hanyalah rambut palsu tambahan dan bukannya kekal. Katanya lagi, “Ini adalah peluang untuk saya menunjukkan sesuatu yang mengejutkan.”

lee dongwook berambut panjang

Rata-rata netizen yang melihat stail rambut panjangnya ini nyata terkedu dengan penampilan uniknya itu.

“Tak kisahlah rambut panjang ke pendek ke, dia masih kelihatan hebat!”

“Wow rambut panjang! Penampilan yang berlainan tetapi masih kacak.”

“Agak mengejutkan tetapi tetap nampak elok.”

“Esok potong rambut ya.”

“Wow, dia tetap boleh selamatkan stail sebegini!”

“Saya tak faham kenapa dia masih belum berkahwin.”

Makin berusia, makin unik kan gaya Lee Dongwook? Maknanya lelaki berkulit putih pucat ini tidak takut untuk bergaya luar daripada norma!

Sumber: Instagram (1)(2), Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...