Ikuti Kami:

Peminat Tegar, Adriana Adnan & Yaya Zahir Bertuah Dapat Bergambar Dengan Park Seojun

Peminat Tegar, Adriana Adnan & Yaya Zahir Bertuah Dapat Bergambar Dengan Park Seojun

Hari ini pastinya merupakan hari yang paling dinantikan buat semua peminat Park Seo-jun di Malaysia.

Pada 25 Februari hari ini, pelakon popular Korea Selatan iaitu Park Seo-jun, telah hadir ke Sunway Pyramid, untuk penampilannya sebagai Sahabat MILO® di acara ‘Jom minum MILO®’.

Acara bermula pada jam 11 pagi, ramai peminat sudah pun berkumpul seawal jam 7 pagi bagi mendapat peluang untuk berjumpa selebriti itu dengan lebih dekat.

Begitu juga dengan selebriti Malaysia seperti Adriana Adnan dan Yaya Zahir yang tiba di lokasi jam 7:50 pagi, bagi mendapat tempat di hadapan untuk acara perjumpaan peminat yang dimenangi mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADRIANA ADNAN (@adrianaadnan)

Bukan itu sahaja, Adriana Adnan dilihat menangis dek terkejut kerana berjaya memenangi cabutan bertuah untuk mendapatkan tandatangan pelakon “Itaewon Class” itu secara peribadi dan juga bergambar dengannya.

Seronok kerana impian akhirnya menjadi kenyataan, pelakon wanita itu berkongsi perasaannya berjumpa dengan Park Seo-jun,

Saya telah bertemu dan menemu bual begitu ramai selebriti antarabangsa tetapi yang ini berbeza. Aura dia lain. Semua kerja keras untuk datang ke sini amat berbaloi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

Selain itu, Yaya Zahir turut berkongsi videonya yang diambil bersama Park Seo-jun, ketika pelakon lelaki itu dalam perjalanan untuk keluar dari lokasi acara.

Untunglah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...