Ikuti Kami:

Peminat Syok Lihat Son Yejin ‘Like’ Banyak Foto Kekasih, Hyunbin Di Instagram

Peminat Syok Lihat Son Yejin ‘Like’ Banyak Foto Kekasih, Hyunbin Di Instagram

Tahun 2021 dimulakan dengan gembira apabila Son Ye-jin dan Hyunbin mengakui bahawa mereka sudah bercinta sejak “Crash Landing On You” tamat tayangan.

Meskipun susah untuk nampak mereka berinteraksi di khalayak ramai selepas pengakuan itu, Son Ye-jin nampaknya menonjolkan rasa cintanya terhadap lelaki itu dengan berkeliaran di sekitar Instagram dan meninggalkan tanda ‘suka’ pada entri peminat buat Hyunbin.

son yejin dan hyunbin son yejin dan hyunbin

Malah peminat luar negara yang mengetahui tentang hal tersebut telah berseloroh dan memuat naik entri ‘meme’ wajah Hyunbin menangis bagi meminta pelakon wanita itu turut menekan ‘suka’ padanya. Dan misi tersebut nyata berjaya kerana Son Ye-jin dilihat meninggalkan tanda ‘suka’ padanya.

Comel je Son Ye-jin melayan peminat yang menyokong hubungannya dengan Hyunbin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...