Ikuti Kami:

“Minat Dari Kecil” – Pilih Song Jihyo Sebagai Wanita Ideal, Atlet Cha Junhwan Jadi Tetamu ‘Running Man’

“Minat Dari Kecil” – Pilih Song Jihyo Sebagai Wanita Ideal, Atlet Cha Junhwan Jadi Tetamu ‘Running Man’

Nampaknya impian atlet peluncur angka Korea iaitu Cha Jun-hwan untuk bertemu idolanya bakal jadi kenyataan nanti!

Sebelum ini, laporan berita mengesahkan bahawa lelaki berusia 21 tahun dan pelakon Jin Ji-hee bakal menyertai rakaman program popular tersebut.

Ianya menaik perhatian ramai kerana Cha Jun-hwan beberapa kali menyebut Song Ji-hyo sebagai wanita idealnya. Malah mereka pernah bertemu sebentar semasa ‘2018 SBS Entertainment Awards’ sebelum ini.

cha junhwan song jihyo

Untuk pengetahuan, atlet itu popular kini kerana berjaya menduduki tempat ke-4 dalam acara luncur angka di ‘2022 Sukan Olimpik Beijing’ di mana ia merupakan rekod terbaik yang pernah dicatatkan oleh pasukan lelaki Korea.

Malah pertemuan semula antara Cha Jun-hwan dan Jin Ji-hee amat bermakna kerana mereka pernah bergandingan dalam program luncur iaitu “Kiss And Cry” pada tahun 2011. Bermakna, ini merupakan mereka semula selepas 11 tahun.

Tak sabar menantikan pertemuan antara Cha Jun-hwan dan Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...