Ikuti Kami:

Peminat Seronok Lihat Taeyeon SNSD Makin Gembira Lepas Sertai ‘Amazing Saturday’

Peminat Seronok Lihat Taeyeon SNSD Makin Gembira Lepas Sertai ‘Amazing Saturday’

Ha, korang perasan tak Tae-yeon SNSD selalu nampak ceria je sekarang?

Sejak kebelakangan ini, Tae-yeon SNSD telah mendapat perhatian kerana rata-rata peminat bercakap mengenai perubahan penyanyi itu dalam dunia industri hiburan.

Untuk maklumat, penyanyi itu merupakan ahli tetap dalam rancangan hiburan “Amazing Saturday” kini.

Khususnya seorang peminat telah menulis di laman komuniti menyatakan bahawa,

Sebelum ‘Amazing Saturday’ ditayangkan, agak sukar untuk melihat Tae-yeon muncul di televisyen dan kalau muncul dia kelihatan agak muram. Tetapi selepas menjadi ahli tetap dalam rancangan itu, dia nampak lebih bersemangat. Dalam rancangan itu, dia mahu tunjukkan bakatnya dan saya rasa ia telah menjadi titik perubahan dalam hidupnya. 

taeyeon girls' generation

Kemudian, peminat turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menulis komen,

Seronok dapat melihat Tae-yeon sekarang ini.

 

Apabila dia sedang menari dalam rancangan itu, saya rasa dia menari dengan penuh gembira.

 

Dia nampak sangat selesa dalam rancangan “Amazing Saturday” sehingga saya rasa sembuh melihatnya.

Untuk pengetahuan, pada 2018, Tae-yeon pernah mendedahkan,

Apabila saya pergi ke rancangan hiburan, saya sering diminta untuk menunjukkan bakat saya tetapi beban itu berat bagi saya. Jadi, saya tidak dapat melakukannya. Disebabkan itulah, saya mahu mencari rancangan hiburan yang sesuai dengan diri saya.

Sedikit info, penyanyi ini telah membuat kemunculan semula untuk lagu solonya bertajuk “Nights Into Days” semalam.

Semoga Tae-yeon ceria selalu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...