Ikuti Kami:

Peminat Mahu Tindakan Undang-Undang Diambil Atas Kes Buli AOA, Mina Tolak Siasatan Polis

Peminat Mahu Tindakan Undang-Undang Diambil Atas Kes Buli AOA, Mina Tolak Siasatan Polis

Ingat tak bulan lepas, apabila bekas ahli AOA iaitu Mi-na berkongsi beberapa entri di laman Instagram mengenai kes dia dibuli oleh Ji-min selama 10 tahun lamanya. Selepas itu, ketua kumpulan itu memohon maaf dan membuat keputusan untuk meninggalkan industri seni. Kemudiannya, Mi-na menjelaskan hubungannya dengan ahli AOA dan berterusan meluahkan rasa tidak puas hati kerana masih lagi belum menerima permohonan maaf seikhlasnya daripada ahli kumpulan tersebut selain CEO FNC Entertainment.

Pada awal Ogos pula, Mi-na mendedahkan di Instagram sekali lagi gambar pergelangan tangannya yang berdarah dengan kapsyen panjang yang membimbangkan. Bertindak pantas, agensi naungannya Woori Actors mendedahkan bahawa Mi-na sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagi memberi fokus kepada proses penyembuhannya, wanita itu telah meminta maaf dan membuat keputusan untuk memadam terus laman media sosialnya.

aoa mina mohon maaf

Mungkin kerana kasihan dengan kejadian buruk yang menimpa Mi-na, seorang peminat telah membuat laporan polis kerana merasakan bahawa perkara ini perlu diselesaikan mengikut undang-undang. Menurut laporan, satu aduan awam telah dibuat di Balai Polis Gangnam, Seoul menerusi sinmungo awam (tempat rakyat menyuarakan aduan pada kerajaan.). Aduan tersebut meminta siasatan rasmi dilakukan ke atas kenyataan Mi-na mengenai kisah dia dibuli sepanjang aktif bersama AOA.

Walaubagaimanapun, siasatan tersebut tidak akan diteruskan.

Memang benar kami ada menerima panggilan daripada pihak polis. Selepas berbincang dengan Mi-na, kami menolak siasatan tersebut dijalankan. Tahap psikologinya masih lagi berada dalam keadaan yang lemah. Orang atas talian yang melakukan hal seperti ini bukannya memberikan sokongan kepadanya, malahan menjadikannya semakin teruk. Kami meminta supaya orang itu berhenti.

Malah agensi naungan Mi-na tersebut turut mengesahkan berita itu dengan media lain,

Kami meminta pihak polis supaya tidak menyiasat. Kami beritahu bahawa Mi-na tidak mempunyai niat untuk melaporkan hal tersebut langsung dan tak mahu ada kaitan dengan sebarang siasatan.

Harapnya Mi-na bertenang dan lalui rawatan dengan sebaiknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...