Ikuti Kami:

Peminat Indonesia ‘Claim’ Lagu Dicuri, Agensi STAYC Mohon Maaf Nyanyi ‘Rasa Sayang’ Di Malaysia

Peminat Indonesia ‘Claim’ Lagu Dicuri, Agensi STAYC Mohon Maaf Nyanyi ‘Rasa Sayang’ Di Malaysia

Selepas dunia mula melalui penyembuhan dek wabak COVID-19 sebelum ini, semua dah boleh melawat ke negara lain termasuklah artis Korea yang semakin kerap mengadakan acara luar negara.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menjadi pilihan artis K-Pop menemui peminat mereka termasuklah kumpulan baru STAYC yang mengadakan ‘STAYC 1st Fan Meeting In Kuala Lumpur’.

Turut sempat mempersembahkan pelbagai lagu ‘hit’ mereka seperti “ASAP”, “Stereotype”, “Beautiful Monster”, “RUN2U”, “Poppy” dan banyak lagi, namun tak sangka salah satu lagu nyanyian kumpulan itu menerima pertikaian ramai.

stayc kuala lumpur

Lebih spesifik, rakyat Indonesia dilihat membanjiri video persembahan STAYC menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’ dengan komen hinaan di mana mereka menuduh Malaysia cuba mencuri lagu asal mereka selain mempersoalkan mengapa kumpulan itu memilih untuk mempersembahkan lagu berkenaan di Malaysia.

Disebabkan ramai peminat negara itu tidak berpuas hati, agensi STAYC akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan hal berkenaan selain memohon maaf.

Malah penganjur perjumpaan peminat itu turut meminta maaf kerana kesilapan mereka selain menjelaskan lagu ‘Rasa Sayang’ dipilih memandangkan ramai yang menghadiri acara berkenaan merupakan peminat dari Malaysia dan Asia Tenggara. Lantas mereka merasakan bahawa lagu itu mempunyai memori khas dan mudah difahami orang nusantara.

Dalam pada itu, peminat Malaysia meluahkan rasa ralat memandangkan persembahan yang patut dilayan dengan rasa gembira akhirnya bertukar menjadi pertelingkahan. Rata-ratanya merasakan bahawa lagu berkenaan dekat di hati semua, tak kiralah di Indonesia atau Malaysia kerana budaya kita seakan sama.

Tak tau lah nak kata apa..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...