Selepas heboh tentang berita penceraiannya bersama pelakon wanita terkenal iaitu Song Hyekyo, Song Joongki lebih selesa mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media. Semasa proses perpisahan itu berlangsung, lelaki berusia 34 tahun ini juga sedang sibuk dengan penggambaran drama Arthdal Chronicles yang sudah pun mengakhiri tayangannya baru-baru ini.
Semasa tayangan drama itu, jadual Song Joongki juga turut padat dengan jemputan temu bual dan penggambaran berkaitan untuk mempromosikan lagi drama Arthdal Chronicles. Dia bersama pelakon lain drama itu seperti Jang Donggun, Kim Jiwon dan Kim Okbin telah menghadiri satu temubual bersama Netflix untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenai naskhah itu.
Peminat yang sepatutnya memberi perhatian terhadap temu bual mengenai drama itu tetapi lebih memberi fokus kepada ketampanan wajah Song Joongki. Walaupun sudah menginjak ke pertengahan 30-an, wajah pelakon lelaki itu nampak muda dan kian berseri.
Rata-rata peminat cair hati melihat senyuman manis yang dilemparkan oleh Song Joongki dan langsung dah tak dengar apa yang dikatakan oleh pelakon lain! Betul-betul dipanah api cinta!
“Rupanya yang ‘boyish’ masih kekal sama.”
“Senyumannya sangatlah menawan.”
“Nampaknya seperti dia semakin muda. Dia kelihatan sangat kacak dalam Arthdal juga.”
“Boleh nampak yang dia semakin meningkat usia tetapi dia tetap lagi kelihatan ‘fresh’ dan ‘boyish’. Menarik. Wajahnya itu satu dalam sejuta dan dia sememangnya tampan.”
“Duda.. Saya harap dia bertemu wanita yang baik.”
“Mukanya kian berseri-seri mungkin sebab dia lebih tenang sekarang~ Song Joongki adalah tampan.”
Tak percaya yang Song Joongki sudah pun berusi 34 tahun, wajahnya yang lembut membuatkan dia nampak seperti berada di awal 20-an. Apa pun, syabas kerana berjaya menamatkan penggambaran drama Arthdal Chronicles. Semua yang belum menonton, bolehlah marathon drama tersebut di Netflix sekarang!
Sumber: Pann-choa