Ikuti Kami:

Pemilik Ruang Sembang Video Seksual Didedahkan & Turut ‘Follow’ Selebriti Wanita, Semua Terus ‘Block’!

Pemilik Ruang Sembang Video Seksual Didedahkan & Turut ‘Follow’ Selebriti Wanita, Semua Terus ‘Block’!

Minggu ini Korea digemparkan dengan berita ruang sembang dalam aplikasi Telegram yang digunakan untuk melakukan urusan jual beli video pronografi. Yang menyedihkan apabila ramai wanita termasuk kanak-kanak bawah umur yang menjadi mangsa kepada jenayah seksual ini. Seperti yang dikhabarkan, mangsa didekati dengan tawaran bekerja sementara tetapi kemudiannya diugut supaya menghantar pelbagai video lucah selepas penjenayah tersebut mendapat maklumat peribadi kesemua wanita tersebut.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan yang didedahkan ini membuatkan orang ramai loya dan marah. Antara arahan gila yang diminta oleh penjahat tersebut itu ialah meletakkan gunting di dalam kemaluan mangsa, merakam video onani di dalam tandas lelaki dan banyak lagi. Disebabkan itu, rakyat Korea dan dunia telah bersatu menandatangani petisyen supaya menangkap penjenayah di sebalik ruang sembang ini selain meminta dia dikenakan hukuman seberat mungkin.

Bukan sahaja netizen bahkan para selebriti seperti pelakon Moon Gayoung, Jung Ryeowon, serta idol antaranya EXO (Baekhyun dan Chanyeol), Girls’ Day (Hyeri dan Sojin) turut menyeru supaya ruang sembang ini dilumpuhkan dengan serta-merta. Para selebriti berpengaruh ini turut meminta peminat mereka menandatangi petisyen itu dan akhirnya identiti lelaki itu didedahkan kepada umum kerana hampir jutaan orang bersetuju dengan petisyen tersebut.

Lelaki yang mengendalikan ruang sembang “N Room” itu yang dikenali sebagai Jo Joobin, berusi 25 tahun telah dibawa oleh pihak pendakwaan pada jam 8 pagi (25 Mac) tadi di Agensi Polis Metropolitan Seoul. Sambil menghadap media dan orang awam, dia kemudiannya memberikan kenyataan rasmi mengenai jenayah beratnya.

Saya meminta maaf kepada presiden JTBC Son Sukhee, Datuk Bandar Yoon Janghyun dan kesemua orang yang telah terluka termasuklah Kim Woong. Terima kasih kerana menghentikan kehidupan syaitan yang tidak mampu dihalang oleh saya.

jo joobin penjenayah seksual

Menambah kemarahan orang ramai apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri apabila wartawan menanyakan sama ada ‘dia berasa bersalah terhadap mangsa bawah umur’, ‘apa yang mahu dia sampaikan kepada mangsa’ dan ‘adakah di mengakui kesemua pertuduhan tersebut’.

Rata-rata selebriti wanita seperti Lee Yoobi, Ga In, Yewon, Yeonwoo dan ramai lagi turut meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa penjenayah tersebut mengikuti mereka di laman Instagram. Selepas pendedahan itu, kesemua mereka bertindak ‘block’ lelaki itu daripada mengikuti mereka lagi. Kesemua selebriti ini berharap agar kesemua ahli di dalam ruang sembang itu akan diberkas kerana perbuatan tidak bermoral mereka.

selebriti berang dengan jo joobin

Agensi Polis Kebangsaan mendedahkan bahawa 124 suspek telah pun diberkas di mana 18 daripadanya adalah ‘pengusaha’ kepada ruang sembang tersebut. Jo Joobin adalah salah seorang daripadanya dan kini pihak polis sedang menjejaki seorang pengguna dengan nama ‘GodGod’ iaitu merupakan orang pertama yang mencipta “N Room” ini.

Semoga semua penjahat ini ditangkap!

Sumber: BBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...