Ikuti Kami:

Pemilik Nombor Telefon Terganggu, Respon Tidak Acuh Pihak ‘Squid Game’ Buat Netizen Marah

Pemilik Nombor Telefon Terganggu, Respon Tidak Acuh Pihak ‘Squid Game’ Buat Netizen Marah

Ingat tak mengenai kisah nombor telefon sebenar yang bocor dalam siri “Squid Game”?

Nampaknya respon Netflix sepertinya tidak memadai dan menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Meskipun menerima panggilan dan mesej tanpa henti sejak ia ditayangkan, pihak produksi sepertinya memberikan respon tidak acuh terhadap hal tersebut,

Kami tidak boleh berbuat apa mengenainya kerana ia sudah pun bocor dan bukannya kami sengaja melakukannya. Secara jujur, kami rasakan pilihan terbaik ialah supaya anda menukar nombor telefon.

kontroversi squid game

Khabarnya, pihak drama popular itu turut menawarkan pampasan sebanyak 1 milion won namun menaikkannya kepada 5 milion won. Kata pemilik nombor itu lagi, mereka mengatakan bahawa agak mustahil untuk mengeluarkan nombor telefon itu daripada drama berkenaan.

Pihak produksi mengatakan bahawa sukar untuk memadan nombor saya. Pada asalnya mereka menawarkan 1 milion won sebagai pampasan namun mengubahnya kepada 5 milion won pada 24 haribulan.

Respon itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang ramai,

Tak boleh ke sunting nombor berkenaan dengan efek CGI? Kenapa mereka macam itu?

 

Saman sahaja.

 

Tak boleh ke kaburkan sahaja nombor tersebut?? Kenapa tak boleh? Nombor itu tidak membawa makna apa-apa kan?

 

Dah macam lelongan pula.

 

Mereka main sebut sahaja harga padahal nombor telefon itu sudah digunakan selama 20 tahun untuk perniagaan dan pemilik tersebut terpaksa melayan penggilan gurauan hari-hari.

 

Semakin lambat mereka selesaikan, semakin tinggi harga yang perlu dibayar.

Mesti pemilik nombor penat nak layan ribuan panggilan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...