Ikuti Kami:

“Pembunuh Sebenar..” – Tayang Mac Ini, Ini 3 Klu Plot Bahagian Kedua ‘The Glory’

“Pembunuh Sebenar..” – Tayang Mac Ini,  Ini 3 Klu Plot Bahagian Kedua ‘The Glory’

Jadi bualan kini, ramai ternanti-nanti sambungan “The Glory” yang meninggalkan penonton ‘dahagakan’ babak pembalasan dendam semasa kesudahan bahagian pertamanya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube, penonton meletakkan jangkaan buat beberapa plot bahagian kedua siri Netflix itu.

Kematian Son Myeong-oh

Bagi ‘merosakkan’ hubungan baik antara pembulinya, Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) telah menyasarkan Son Myeong-oh iaitu antara yang paling lemah di dalam kumpulan itu. Dengan klu yang diberikan kematian Yoon So-hee (Lee So-e) semasa di sekolah dahulu, lelaki itu cuba mengugut pembunuh sebenar namun dia menemui ajal sebelum sempat melarikan diri ke Vladivostok bersama duit yang diperolehi hasil ugutan.

netflix the glory 2

Berdasarkan klu bahawa pembunuh itu menyarungkan kasut tumit tinggi berwarna hijau, ramai yang menebak pelakunya ialah Park Yeon-jin (Im Ji-yeon). Tetapi Lee Sa-ra (Kim Hieora) juga turut merupakan suspek utama apabila dia dilihat melukis kasut tinggi yang sama semasa sedang berkhayal.

Rahsia Park Yeon-jin

Kata YouTuber ini,

Yeon-jin melahirkan anak hasil daripada hubungan terlarang bersama Jeon Jae-joon (Park Sung-hoon) sebelum berkahwin dengan Ha Do-young (Jung Sung-il). Malah Yeon-jin juga merupakan seorang anak yang dilahirkan hasil hubungan terlarang ibunya dengan Shin Young-joon (Lee Hae-young).

Hubungan Ha Do-young dan Ju Yeo-jeong

Mengenai watak lelaki di dalam siri ini, jika Ju Yeo-jeong (Lee Do-hyun) mahu membalas dendam untuk kematian ayahnya, sama ada pembunuh itu harus keluar dari penjara atau dia sendiri yang akan memasuki ke dalam institusi itu untuk melaksanakannya. Sepertinya lelaki itu akan mempunyai hubungan yang berbelit bersama Ha Do-young.

netflix the glory 2

Bakal mendedahkan 8 episod lagi pada Mac ini, wakil Netflix mengesahkan bahawa mereka masih belum mempunyai tarikh tetap untuk tayangan bahagian keduanya itu.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...