Ikuti Kami:

Pelukis Kaya Mati & 8 Suspek Utama Mahu Rebut Harta, Drama Komedi Gelap ‘CHIP-IN’ Mula Dengan Rating Baik

Pelukis Kaya Mati & 8 Suspek Utama Mahu Rebut Harta, Drama Komedi Gelap ‘CHIP-IN’ Mula Dengan Rating Baik

Tahu tak apa itu komedi gelap? Ia adalah hiburan yang mengangkat isu yang tidak menyelesakan atau pun pantang-larang yang susah untuk dibincangkan. Kalau anda nak tengok K-Drama yang membawa tema sebegini, anda wajib menonton drama terbaru di bawah saluran MBC bertajuk “CHIP-IN”.

Permulaan “CHIP-IN”

Seorang pelukis terkenal Yoo In-hoo (Nam Moon-cheol) telah didiagnoskan mempunyai penyakit berbahaya, disebabkan itu dia telah merancang untuk membaca wasiat terakhir semasa sambutan hari lahirnya yang ke-58 nanti. Oleh kerana hartanya yang berlambak, kesemua ahli keluarga terdekat sudah pun menanam niat untuk merebut kesemua milikan lumayan itu. Maka bermulalah persaingan dan permainan mental di antara mereka semua.

Belum sempat mengumumkan wasiat yang dijanjikan, pelukis itu tiba-tiba menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari kejadian tersebut. Terlalu ramai suspek untuk menuduh siapakah dalang kepada kematiannya: bekas isteri iaitu Ji Sul-young (Kim Jul-young) yang sudah sekian lama menjaganya, Kim Ji-hye (Oh Na-ra) iaitu bekas kekasih gelapnya dan anaknya Yoo Bit-na (Kim Hye-joon).

episod pertama chip-in

Ataupun adakah pembunuh sebenarnya ialah Dokgo Cheol (Han Soo-yeon) iaitu adik tiri lelaki itu ataupun anak buahnya sendiri. Ditambah pula dengan watak seperti pembantu rumah iaitu Ms. Park (Nam Mi Jung dan pengurusnya Moon Jung Wook (Lee Yoon Hee) membuatkan pencarian ini semakin berbelit.

Bit-na (Kim Hye-jun) yang merupakan anak luar nikah kepada pelukis terkenal itu turut terjebak dengan perebutan harta tersebut dan dia mengorak langkah bagi membongkar kebenaran disebalik kejadian ini. Tapi adakah gadis ini adalah naif seperti yang kita sangkakan?

episod pertama chip-in

Penyelesaian misteri dalam 8 episod sahaja

Satu kematian dengan 9 suspek, semuanya mempunyai rahsia tersendiri yang tersembunyi rapi tapi yang pasti semua mempunyai misi yang sama iaitu untuk membolot harta peninggalan pewaris itu. Walaupun baru sahaja 2 episod ditayangkan, tetapi penonton dah tak senang duduk apabila satu demi satu rahsia disingkap pada kesemua suspek itu. Bahkan pembantu rumah dan pengurus yang tidak mempunyai talian keluarga itu pun menunjukkan tindak tanduk yang mencurigakan.

Episod pertama “CHIP-IN” menunjukkan keputusan yang memberangsangkan apabila berjaya menduduki tempat pertama bagi slot tayangan drama untuk Rabu dan Khamis dengan catatan rating sebanyak 3.7% dan 3.9%. Walaupun menunjukkan 0.6% penurunan pada episod berikutnya, namun kebanyakan penonton masih lagi setia menantikan kebenaran disebalik kematian pelukis tersebut di rumahnya sendiri. Tak perlu tunggu lama kerana drama ini hanya mempunyai 8 episod sahaja!

episod pertama chip-in

Kepada yang minat drama seperti “CHIP-IN” ini, jangan lupa untuk saksikannya menerusi saluran Oh!K (Astro 394) pada Khamis dan Jumaat pada jam 7.40 pm (waktu Malaysia).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...