Ikuti Kami:

Pelik Tapi Benar, Ini 8 Makanan ‘Unik’ Terkenal Di Korea

Pelik Tapi Benar, Ini 8 Makanan ‘Unik’ Terkenal Di Korea

Makanan dan minuman merupakan punca utama manusia untuk mendapatkan tenaga. Tetapi ada juga makanan yang langsung tiada khasiat baik kepada kesihatan tetapi ianya sedap dan puas untuk dimakan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 8 makanan luar biasa dan pelik yang ada di Korea tetapi digemari oleh masyarakat di sana.

San-nakji (sotong kurita mentah) 

Sotong kurita mentah bukanlah makanan pelik bagi masyarakat Korea kerana ianya adalah sejenis makanan yang digemari oleh masyarakat itu. Bagi warganegara lain sotong yang dimakan mentah merupakan makanan yang pelik dan memualkan. Lebih mengejutkan, terdapat rakyat Malaysia yang suka dengan makanan yang jarang ditemui di negara kita itu. Uniknya lagi, tekstur kenyal daripada sotong membuatkan ia lebih memuaskan apabila dikunyah.

Beondegi (ulat sagu salai) 

Ulat sagu tidak lagi asing di negara kita terutamanya di kawasan Borneo Sarawak. Tetapi di Korea, ulat sagu dimasak salai sehingga keperangan. Ia merupakan makanan eksotik yang dimasak atas pot besi lama. Ulat sagu sangat popular di makanan jalanan Korea sebagai snek makanan ringan. Apa yang pelik tentang makanan ini ialah baunya yang sangat kuat sehingga boleh memberi ketidaksenangan kepada orang sekeliling. Walau bagaimanapun, ia mempunyai khasiat yang tersendiri seperti protein rendah lemak dan berkualiti tinggi. Beondegi boleh didapati di festival, taman dan berdekatan pusat pelancongan yang popular.

Cheonggukjang Jjigae (sup ‘mayat’) 

Cheonggukjang popular dengan baunya yang sangat busuk kerana diperbuat daripada kacang soya yang diperam selama beberapa hari. Selain itu, makanan yang pernah kecoh dengan nama “sup mayat” terkenal yang terdapat di makanan pelik. Ia tidak dipanggil sup mayat, tetapi terdapat kisah mengatakan bahawa orang Korea di Jerman masak sup ini di flat mereka, dan jiran menghubungi polis kerana takut ada mayat di apartment itu kerana baunya yang sangat busuk.

Boshintang (daging anjing) 

Boshintang ialah daging anak anjing yang dijadikan sup. Ia dikatakan boleh memberi stamina kepada badan selain daripada untuk mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, ada antara mereka yang menentang penjualan daging anjing atas belas kasihan terhadap binatang comel itu. Tidak kurang juga ada yang sudah obses dengan daging anjing kerana berfikiran daging itu sangat baik untuk kesihatan tanpa memikirkan keburukan disebalik makanan itu.

Soondae (sosej darah) 

Salah satu makanan tradisional tertua di Korea ialah sosej darah. Ia kebiasaannya  menggunakan darah khinzir sebagai resepi utama. Tetapi secara tradisinya, ia mengandungi usus khinzir atau lembu yang dicampur dengan darah, nasi, sayur-sayuran dan juga mi. Ia bukanlah makanan pelik untuk orang Korea kerana dari zaman nenek moyang mereka sudah pun diperkenalkan makanan ini. Ia membekalkan kalsium dan protein untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Popular dalam kalangan belia, snek murah ini selalu ditemui di pasar tradisional Korea seperti pasar Gwajang.

Bokjili (sup ikan buntal) 

Cara siang ikan buntal mestilah betul kalau tidak ia boleh membawa maut kalau dimakan. Cara masakan ikan buntal yang paling biasa disediakan oleh orang Korea ialah Bokjili. Bokjili ialah hidangan makanan laut yang boleh didapati di kawasan pantai. Ianya jauh lebih murah daripada fugu iaitu masakan dari Jepun yang juga berasaskan ikan buntal.  Selain daripada ikan buntal, sayur-sayuran, herba serta rempah ratus juga antara bahan yang diletakkan dalam hidangan sup bokjili.

Hongeo Hoe (ikan pari tapai) 

Satu lagi makanan pelik di Korea ialah hongeo-hoe ataupun ikan pari tapai. Ini bukanlah hidangan untuk mengenyangkan kerana ia adalah satu cabaran yang mungkin korang selalu lihat di rancangan televisyen, contohnya rancangan realitiNak tahu tak kenapa hidangan ini begitu pelik? Ikan pari tidak membuang air kecil, sebaliknya ia merembeskan asid urik melalui kulitnya. Oleh sebab itu, apabila ikan pari itu ditapai, ia mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti ammonia. Menurut orang ramai, bau hongeo-hoe lagi teruk daripada rasanya, serta tidak begitu menyenangkan.

Mal-gogi (Daging Kuda) 

Malgogi merupakan makanan yang sukar dihadam oleh sistem penghadaman manusia kerana tekstur dagingnya yang liat menyukarkan proses itu. Daging kuda selalunya popular dimakan secara mentah selain dibuat bbq selain boleh juga dimakan seperti sushi. Hidangan ini dianggap sebagai makanan istimewa bagi penduduk di Pulau Jeju oleh sebab ianya sangat sukar dijumpai kerana tidak ramai yang membuat servis jual beli kuda. Apa yang lagi menarik, daging kuda mempunyai banyak manfaat kesihatan dan hanya mempunyai 1/3 jumlah lemak. Selain itu, ia juga tinggi protein dan kaya dengan nutrien lain termasuk omega-3 dan asid linolenik.

Sampai hati buat anjing sebagai makanan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...