Ikuti Kami:

Pelbagai Snek & ‘Street Food’ Korea, Kedai Serbaneka emart24 Kini Dibuka Di Malaysia

Pelbagai Snek & ‘Street Food’ Korea, Kedai Serbaneka emart24 Kini Dibuka Di Malaysia

Makin banyak kedai serbaneka dari Korea yang kini mula melebarkan sayapnya di Malaysia!

Terbaru, francais yang sedang berkembang dengan pesat di sana iaitu emart24 telah membuka pintu pertamanya di Malaysia.

Kedai yang terletak di Bangsar South itu dipenuhi dengan pelbagai snek dan jenama makanan daripada Korea. Bahkan ia juga menyajikan pelbagai makanan ‘street food’ segera eomuk (kek ikan), sosej, cupbap (nasi cawan), ayam goreng, pau dan juga bingsu (ais kepal).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by emart24 (@emart24.my)

Malah anda juga boleh dapati minuman panas dan sejuk serta sandwich, kimbap, ais krim dan banyak lagi. Memang tak muat perut nak masukkan semuanya!

Sudah pun dibuka, para peminat makanan Korea memang WAJIB singgah stor pertama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...