Ikuti Kami:

Pelbagai Persoalan, Ini Apa Penonton Boleh Jangka Dalam Separuh Kedua ‘Kairos’

Pelbagai Persoalan, Ini Apa Penonton Boleh Jangka Dalam Separuh Kedua ‘Kairos’

Makin berdebar-debar apabila menonton drama “Kairos” kini!

Sudah pun memasuki separuh kedua, banyak lagi persoalan yang masih belum dirungkai. Jom!

Sebab utama krisis Kim Seo-jin dan Han Ae-ri

Penonton berasa ingin tahu sebab kenapa Kim Seo-jin (Shin Sung-rok) dan Han Ae-ri (Lee Se-young) asyik tersepit dalam situasi yang sukar ini. Walaupun mereka berjaya mengubah nasib anak perempuan lelaki itu dan ibu Han Ae-ri, kanak-kanak itu kemudiannya mati dan ibunya hilang tanpa sebarang kesan. Bagi mencari sebab disebalik krisis ini, mereka mengikut klu yang ada dan mula membongkar rahsia di sebalik Pembinaan Yoo Joong dan insiden yang berlaku pada 19 tahun lepas. Dalam episod lalu, Yeo Seo-il (Shin Goo), presiden Pembinaan Yoo Jong mendedahkan sisi gelapnya semasa menyiasat ibu Han Ae-ri di lokasi sebuah fail audio. Penonton kini sibuk menyusun setiap teka-teki yang diberikan untuk menjawab persoalan ini.

kairos

Adakah Seo Do-kyun akan merosakkan pelan Kim Seo-jin dan Han Ae-ri?

Seo Do-kyun (Ahn Bo-hyun) yang telah pun melalui pengembaraan masa mungkin akan mengganggu rancangan Kim Seo-jin dan Han Ae-ri. Sebelum ini, lelaki itu berharap agar dia dapat menyelamatkan Kang Hyun-chae (Nam Gyu-ri) namun melalui masa yang sukar apabila Han Ae-ri daripada masa lampau sedar yang dia berlakon sebagai Kim Seo-jin. Namun Seo Do-kyun sanggup melakukan apa sahaja demi Kang Hyun-chae, jadi ramai yang masih menanti sama ada dia akan merebut peluang untuk menyambungkan masa depan Kim Seo-jin dan masa lampau Han Ae-ri.

kairos

Kesan memori daripada masa depan Kim Seo-jin ke atas diri masa lampaunya

Suntikan memori masa depan Kim Seo-jin kepada diri masa lampaunya telah menyebabkan perkembangan yang tidk dijangkakan. Kim Seo-jin yang dahulu sukar untuk mempercayai orang sewenangnya namun sisi baiknya mula muncul seperti ketika dia membeli bubur untuk isterinya, Kang Hyun-chae. Dalam episod ke-9, Han Ae-ri ada bertanya mengenai perubahan personalitinya sambil mempersoalkan, “Adakah awak ingat sesuatu?”. Penonton kini tertanya-tanya bagaimana nasib mereka sekiranya Kim Seo-jin mengingati semua memori daripada masa depannya.

kairos

Untuk menjawab semua persoalan anda, jangan lupa tonton “Kairos” di Oh!K (Astro 394) pada setiap Selasa dan Rabu pada jam 7.45 petang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...