Ikuti Kami:

Pelbagai Masalah Yang ‘Relatable’, 10 K-Drama Buat Penonton Rasa Empati & Tersentuh

Pelbagai Masalah Yang ‘Relatable’, 10 K-Drama Buat Penonton Rasa Empati & Tersentuh

Kehidupan ini sememangnya penuh dengan onak dan duri. Kadang-kadang, menonton drama di mana wataknya melalui proses merawat luka sendiri membuatkan ramai berasa empati dan terkenang mengenai masalah sendiri. Daripada isu keluarga, karier, impian sendiri dan situasi menyebabkan trauma, semuanya anda boleh temui dalam pelbagai K-Drama.

Walaupun mungkin sesetengah drama tidak menonjolkan masalah yang sama dihadapi oleh penonton, namun apabila melihat watak di dalamnya cuba bangkit dan menempuh segala halangan mampu membuatkan semua orang berasa bersemangat.

It’s Okay To Not Be Okay

netflix it's okay to not be okay

Mengisahkan Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji) dan Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang bergantung antara satu sama lain bagi melawan kisah silam masing-masing yang kekal sebagai trauma. Gang-tae merupakan ‘pin keselamatan’ yang mengawal Mun-yeong untuk kekal rasional manakala Mun-yeong pula membantu Gang-tae meluahkan perasaannya yang paling dalam. Sedar bahawa masalah itu tidak akan selesai jikalau terus melarikan diri, mereka sama-sama menyelami luka yang ada untuk terus maju ke hadapan.

Healer

netflix healer

Dengan perkataan ‘heal’ dalam tajuknya yang menbawa maksud ‘penyembuhan, tak terkejutlah bahawa drama ini menayangkan plot yang sesuai dengannya. Seo Jung-hoo (Ji Chang-wook) adalah seorang lelaki misteri dan menggunakan kod nama ‘Healer’ sebagai penghantar yang berkemahiran tinggi pada waktu malam. Chae Young-shin (Park Min-young) pula merupakan seorang wartawan yang berdedikasi dan tanpa sengaja telah terserempak dengan ‘Healer’ semasa menjalankan intipan terhadap seorang selebriti. Dengan pertemuan itu, mereka bersama-sama membongkar kebenaran di sebalik kematian ayah masing-masing.

Mystic Pop-Up Bar

netflix mystic pop-up bar

Drama ini dipenuhi dengan pelbagai sesi ‘penyembuhan’ pada saban episodnya. Tiga watak utama yang dilakonkan oleh Hwang Jung-eum, Yook Sung-jae dan Choi Won-young cuba menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan membantu orang lain dengan masalah mereka. Peonton berasa simpati apabila melihat konflik yang dialami oleh mereka seperti gangguan seksual, pengangguran, kesedihan dan banyak lagi.

It’s Okay, That’s Love

netflix it's okay that's love

Sebuah drama unik di antara penulis Jang Jae-yeol (Jo In-sung) dan pakar psikiatri Ji Hae-soo (Gong Hyo-jin) yang mempunyai masalah kesihatan mental tersendiri. Dalam pada mereka cuba menerima trauma lama, kedua-dua watak itu turut menyokong dan menerima kekurangan masing-masing dan seterusnya membina hubungan yang menyentuh hati.

Hello! My Twenties

netflix hell, my twenties!

Membawa kisah lima pelajar kolej perempuan dengan personaliti berbeza yang kini tinggal dalam rumah yang sama. Setiap daripada mereka memendam masalah sendirian sama ada kerana cinta atau pun hala tuju hidup pada masa akan datang. Penonton pasti akan mempunyai perasaan yang sama apabila melihat setiap watak cuba sembuh daripada pelbagai situasi. Tapi ia sebenarnya adalah sebuah drama remaja yang menghiburkan!

Be Melodramatic

netflix be melodramatic

Drama ini adalah “Hello, My Twenties!” versi matang. Ia membawa kisah tiga orang rakan perempuan dalam usia awal 30-an yang terbeban dengan masalah cinta, karier dan impian. Meskipun banyak plot menggembirakan namun ianya adalah realistik. Terdapat momen di mana mereka melaui proses penceraian yang menyedihkan dan ada juga saat menyentuh perasaan melihat hubungan kukuh di antara sahabat tersebut.

Because This Is My First Life

netflix because this is my first life

Drama ini menyelongkar hubungan dan perkahwinan menerusi perspektif moden. Nam Se-hee (Lee Min-ki) dan Yoon Ji-ho (Jung So-min) mula menjadi rakan serumah dek perjanjian perkahwinan kontrak dan jangkaan sosial. Semakin mereka mengenali masing-masing, perasaan cinta mula berputik. Bukan itu sahaja, hubungan cinta yang berlainan di antara rakan-rakan Ji-ho juga menyebabkan penonton mula mempelajari mengenai pelbagai hal percintaan yang baru.

Beauty Inside

netflix beauty inside

Seo Do-jae (Lee Min-ki) mengalami masalah untuk mengecam muka individu lain manakala Han Se-gye (Seo Hyun-jin) pula ialah seorang pelakon popular yang wajahnya akan berubah secara rawak pada seketika waktu setiap bulan. Walaubagaimanapun, Do-jae pasti akan mengenali Se-gye setiap kali penampilannya berubah. Dengan kekurangan ini, mereka belajar mengenai satu sama lain dan belajar bagaimana untuk mencintai.

When The Camellia Blooms

netflix when the camellia blooms

Menerusi drama ini, penonton akan menelusuri kehidupan ibu tunggal Dong-baek (Gong Hyo-jin) yang terpaksa berhadapan dengan stigma masyarakat dan juga seorang pembunuh bersiri. Wanita itu bukan sahaja hidup sukar sekrang namun sudah ditimpa pelbagai kesusahan sejak menjadi anak yatim lagi. Ramai pasti akan berasa gembira apabila melihat Dong-baek berhenti dipijak oleh orang lain dan mula melalui perubahan karakter yang positif.

My Mister

netflix my mister

Ji-an (IU) dan Dong-hoon (Lee Sun-kyun) tanpa disangka telah membina perhubungan yang rapat. Kedua mereka yang dipenuhi dengan luka mula berasa simpati atas satu sama lain. Drama ini sangat menyentuh hati dan menonjolkan manusia yang gagah mengharungi dugaan hidup selain menekankan kepentingan kuasa empati.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...