Ikuti Kami:

Pelbagai Kejutan, Episod Perdana ‘The Penthouse 3’ Raih Rating Tertinggi Bagi Program Hari Jumaat

Pelbagai Kejutan, Episod Perdana ‘The Penthouse 3’ Raih Rating Tertinggi Bagi Program Hari Jumaat

Akhirnya setelah sekian lama menanti, “The Penthouse” melakukan comeback hebat menerusi tayangan episod perdana musim ketiganya kelmarin.

Mengagumkan dari awal

[Amaran SPOILER]

Selepas berteka-teki sejak penghujung musim kedua lalu, akhirnya terbongkar sudah mengenai dalang sebenar di sebalik kematian Logan Lee (Park Eun-seok). Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) nyata bijak dalam merencana kesemua pelan jahat ini. Daripada merancangan ‘pergaduhan’ di antara dirinya dengan Ha Yoon-chul (Yoon Jong-hoon) di dalam penjara sehinggalah kemampuannya untuk mengugut Ketua Pengadilan untuk mengurangkan tempoh penjaranya.

sbs the penthouse 3

Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) juga nyata tidak mengecewakan apabila berlakon ‘gila’ bagi membolehkan dirinya ditukar ke pusat penahanan lain. Selepas tiga kali percubaan bunuh diri, hukuman wanita itu akhirnya dipendekkan kepada 2 tahun dengan tempoh percubaan selama 4 tahun.

Walaubagaimanapun, semasa keluar daripada penahanan, Cheon Seo-jin kemudiannya diculik oleh Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) dan Oh Yoon-hee (Eugene). Mengejutkan apabila Cheon Seo-jin kemudiannya ditolak oleh Shim Su-ryeon daripada tebing sungai tinggi selepas mereka bertelingkah.

sbs the penthouse 3

Menariknya, penonton sepertinya kini mempunyai watak baru yang mula menjengkelkan mereka. Sentiasa dikenali kerana kedegilannya, Jeon Seok-kyung (Han Ji-hyun) mula beralih ke pihak ayahnya dek cemburu melihat layanan Shim Su-ryeon dan Joo Seok-hoon (Kim Young-dae) terhadap Bae Ro-na (Kim Hyun-soo).

sbs the penthouse 3

Rating tinggi

Menurut Nielsen Korea, episod pertama “The Penthouse 3” berjaya merekodkan rating sebanyak 16.9%, 19.5% dan 19.1%. Lantas ia menjadi episod perdana dengan paling banyak tontonan bagi kesemua musimnya. Malah drama tersebut merupakan program ditonton paling ramai pada hari Jumaat bagi kesemua saluran.

Baru episod pertama, namun penonton telah disajikan dengan pelbagai rahsia dan insiden yang mengejutkan. Bagaimanalah agaknya drama ini akan berakhir kan? Terdapat banyak kemungkinan yang mungkin berlaku.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...