Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, Tonton 9 K-Drama Menarik Bakal Tayang Pada Jun Ini

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, Tonton 9 K-Drama Menarik Bakal Tayang Pada Jun Ini

Nampaknya, Jun ini akan menjadi bulan yang sibuk buat peminat drama Korea!

Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin kongsikan beberapa K-Drama menarik yang bakal menemui penonton pada bulan Jun nanti.

Jom lihat senarai di bawah:

KING THE LAND

“King the Land” mengisahkan tentang waris chaebol bernama Goo-won yang tidak tahan dengan senyuman palsu. Dia bertemu Cheon Sa-rang yang sentiasa dilengkapi dengan senyuman yang cerah walaupun dia tidak mahu kerana sifat profesionnya, dan bersama-sama, mereka berdua mencari hari bahagia di mana mereka boleh tersenyum dengan ikhlas bersama-sama.

Pelakon utama: Lee Jun-ho, Im Yoon-A

Tarikh tayangan: 17 Jun

Platform: Netflix

BLOODHOUNDS

“Bloodhounds” ialah drama aksi noir tentang tiga lelaki yang cuba keluar dari hutang dan juga terjalin kerana hutang. Woo Do-hwan akan memainkan watak Gun-woo, yang memasuki dunia pemberi pinjaman untuk melangsaikan hutangnya.

Pelakon utama: Woo Do-hwan, Lee Sang-yi

Tarikh tayangan: 9 Jun

Platform: Netflix

SEE YOU IN MY 19TH LIFE

“See You In My 19th Life” mengisahkan mengenai kemunculan semula Ban Ji-eum. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya raya yang menguruskan WW Entertainment, sebuah agensi hiburan.

Pelakon utama: Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun

Tarikh tayangan: 17 Jun

Platform: tvN

NUMBERS

“Numbers” akan mengisahkan mengenai Jang Ho-woo, seorang graduan sekolah daripada jurusan perakaunan yang menyertai ‘Taeil Accounting Firm’.

Pelakon utama: Kim Myung-soo, Choi Jin-hyuk

Tarikh tayangan: 23 Jun

Platform: MBC

LIES HIDDEN IN MY GARDEN

“Lies Hidden in My Garden” mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.

Pelakon utama: Kim Tae-hee, Im Ji-yeon, Kim Sung-oh, Choi Jae-rim

Tarikh tayangan: 19 Jun

Platform: ENA

REVENANT

“Revenant” ialah drama thriller mister ghaib, mengikuti kisah seorang wanita yang dirasuk roh jahat dan seorang lelaki yang dapat melihat roh jahat serta ingin menggali kematian misteri yang mengelilingi lima badan berbeza di dunia lain dengan roh jahat apabila pintu dibuka.

Pelakon utama: Kim Tae-ri, Oh Jung-se, Hong Kyung

Tarikh tayangan: 23 Jun

Platform: Disney+

HEARTBEAT

“Heartbeat” membawa kisah separuh-manusia separuh-pontianak Seon Woo-hyul yang tak mampu menjadi manusia kerana satu hari perbezaan dalam 100 tahun, mula tinggal bersama Joo In-hae, seorang wanita yang tidak mempunyai kehangatan.

Pelakon utama: Ok Taec-yeon, Won Ji-an

Tarikh tayangan: 26 Jun

Platform: KBS

SOUND CANDY

“Sound Candy” akan mengikuti sekumpulan individu muda dengan latar belakang berbeza, yang berkumpul di Jeju. Mereka menemui semula cinta dan persahabatan melalui satu misteri.

Pelakon utama: Choi Yoo-jung, Kim Jong-hyeon, Lee Han-jun, Baek Seo-hoo

Tarikh tayangan: 3 Jun

Platform: TVING

THE VILLAIN OF ROMANCE

mbc the villain of romance

“The Villain of Romance” akan mengisahkan tentang dua bekas kekasih bergabung tenaga untuk memperbaiki kehidupan cinta mereka.

Pelakon utama: Ha Seung-ri, Ba-ro

Tarikh tayangan: 5 Jun

Platform: MBC

Jadi, korang akan tonton drama yang mana nanti?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...