Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, 7 K-Drama Ini Bakal Tayang Februari Nanti

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, 7 K-Drama Ini Bakal Tayang Februari Nanti

Nampaknya, Februari ini akan menjadi bulan yang sibuk buat peminat drama Korea!

Dengan pelbagai K-Drama menarik telah mula ditayangkan pada Januari ini, akan ada banyak lagi drama pelbagai genre dengan pelakon hebat, bakal ditayangkan pada bulan depan.

Jom KimchiDaily kongsikan antara drama yang bakal ditayangkan pada Februari nanti!

OUR BLOOMING YOUTH

“Our Blooming Youth” mengisahkan tentang seorang putera raja, Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung-sik), yang menderita akibat sumpahan misteri dan seorang wanita genius Min Jae-yi (Jeon So-nee), yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang melalui proses lelaki menyelamatkan wanita daripada tuduhan palsunya, dan wanita menyelamatkan lelaki itu daripada sumpahan.

Pelakon utama: Park Hyung-sik, Jeon So-nee

Tarikh tayangan: 6 Februari

Platform: tvN, Viki

TAXI DRIVER 2

“Taxi Driver” ialah sebuah drama pembalasan dendam di mana sekumpulan individu di bawah ‘Rainbow’ dan pemandu teksi Kim Do-gi (Lee Je-hoon) membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.

Pelakon utama: Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin

Tarikh tayangan: 17 Februari

Platform: SBS, Viu

ISLAND 2

tving island

“Island” membawa kisah beberapa individu melawan kejahatan yang mahu menghancurkan dunia. Berdasarkan dari cerita yang segar dan tidak pernah dilihat di tempat lain, ianya akan memaparkan legenda dan kisah dongeng di Jeju dalam intepretasi moden.

Pelakon utama: Kim Nam-gil, Lee Da-hee, Cha Eun-woo

Tarikh tayangan: 24 Februari

Platform: TVING

THE HEAVENLY IDOL

“The Heavenly Idol” diadaptasi dari webtoon popular yang mengisahkan tentang Ketua Paderi yang dilakonkan oleh Kim Min-gyu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya berada dalam tubuh bintang idola yang tidak dikenali iaitu Woo Yeon-woo, ahli kumpulan Wild Animal.

Pelakon utama: Kim Min-gyu, Go Bo-gyeol

Tarikh tayangan: 15 Februari

Platform: tvN

BIG BET 2

https://www.youtube.com/watch?v=iGt762GsEJo

“Big Bet” mengisahkan mengenai Cha Moo-shik (Choi Min-sik) seorang lelaki berjaya yang digelar raja kasino di Filipina tanpa sebarang warisan harta, bantuan orang ternama atau sesiapa saja untuk dirinya. Namun, selepas terjebak dalam satu kes pembunuhan, nyawanya kian terancam.

Pelakon utama: Choi Min-sik, Son Suk-ku, Lee Dong-hwi

Tarikh tayangan: 15 Februari

Platform: Disney+

CALL IT LOVE

https://www.youtube.com/watch?v=EKqONDH_208

“Call It Love” ialah sebuah melodrama romantis yang menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.

Pelakon utama: Kim Young-kwang, Lee Sung-kyung

Tarikh tayangan: 22 Februari

Platform: Disney+

LOVE TO HATE YOU

“Love to Hate You” mengisahkan kisah cinta antara seorang peguam yang bekerja untuk industri hiburan dan seorang pelakon kacak yang terkenal. Meskipun kedua mereka tidak pernah mengambil berat tentang hubungan cinta namun, mereka mula mengembangkan perasaan terhadap satu sama lain dan memasuki medan pertempuran cinta.

Pelakon utama: Kim Ok-vin, Yoo Teo, Kim Ji-hoon, Go Won-hee

Tarikh tayangan: 10 Februari

Platform: Netflix

Jadi, korang paling teruja nak tonton drama mana?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...