Ikuti Kami:

Pelbagai Genre, 10 K-Drama Top Di Netflix Bagi 2021

Pelbagai Genre, 10 K-Drama Top Di Netflix Bagi 2021

Dalam banyak-banyak K-Drama yang ditayangkan di Netflix pada tahun ini, agaknya yang manakah menerima kasih sayang dari peminat genre itu?

Menurut data jumlah jam tontonan untuk tahun 2021, ini ialah ranking 10 drama popular di laman penstriman itu bagi tahun ini.

1. Squid Game

Ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta).

kcc squid game

2. Vincenzo

Membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.

tvn vincenzo

3. Hometown Cha-Cha-Cha

Drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

tvn hometown cha cha cha

4. My Name

Ia menceritakan kisah Ji-woo yang menyertai polis sebagai pengintip untuk organisasi pengedaran dadah bagi membongkar rahsia sebenar di sebalik kematian ayahnya.

netflix my name

5. Hellbound

Drama ini berlatarbelakangkan dunia di mana manusia melalui fenomena mistik yang mengerikan di mana utusan dari neraka yang muncul di bumi untuk membawa manusia ke neraka. Dalam kekalutan akibat realiti baru ini, satu kepercayaan diketuai Jung Jin-soo (Yoo Ah-in) mula popular manakala segelintir yang lain cuba membongkar rahsia disebalik kejadian pelik ini.

netflix hellbound

6. Nevertheless

Ia membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-uhn (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

netflix nevertheless

7. Hospital Playlist 2

Drama ini mengisahkan lima sekawan yang menempuhi zaman universiti sehingga kini menjadi doktor terbaik di sebuah hospital yang sama.

8. The King’s Affection

Ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

netflix the king's affection

9. Sisyphus: The Myth

Drama misteri fantasi ini memberi fokus kepada jurutera genius Han Tae-sool (Cho Seung-woo) yang menjalani pengembaraan dahsyat dalam membongkar kebenaran dan si penyelamat Kang Seo-hae (Park Shin-hye) yang menjalani laluan yang berliku dan berbahaya untuknya.

jtbc sisyphus: the myth

10. The Uncanny Counter

Drama ini membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

episod akhir the uncanny counter

Setuju tak dengan ranking ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...