Ikuti Kami:

Pelbagai Babak Ngeri Perlakuan Psikopat, Episod Awal ‘Mouse’ Raih Rating Baik

Pelbagai Babak Ngeri Perlakuan Psikopat, Episod Awal ‘Mouse’ Raih Rating Baik

Selepas “Vagabond” tamat, ramai yang dah excited nak tengok Lee Seung-gi kembali beraksi. Sebab itu, ramai yang serbu tengok drama “Mouse” apabila ia mula ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis

Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang lelaki yang telus dan naif, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif tanpa kira undang-undang bernama Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang obses untuk membalasa dendam terhadap pembunuh bersiri yang menjadi dalang kepada pembunuhan ibu bapanya semasa kecil. Dua lelaki yang berbeza personaliti ini bergabung tenaga bagi mengejar penjahat dalam kalangan ‘1% teratas’ psikopat.

tvn mouse

Penonton berdebar tonton episod awal

Meskipun merupakan pembukaan dan penjelasan mengenai bagaimana seseorang menjadi psikopat, tetapi “Mouse” nyata berjaya membuatkan penonton terus melekat di hadapan televisyen sehingga ke episod seterusnya.

Lakonan watak kanak-kanak di awal episod tersebut nyata memukau, sampaikan meremang bulu roma penonton di rumah. Agak geli melihat banyak babk pembunuhan binatang namun ianya merupakan ‘rahsia’ yang membuatkan drama ini lebih menarik.

tvn mouse

Rating baik

“Mouse” nyata diterima baik oleh penonton k-drama memandangkan ianya berjaya meraih rating hampir 5% pada episod perdananya iaitu 4.908%. Pun begitu, ianya menurun kepada 4.044% semasa episod kedua memandangkan saingan sengit dengan drama popular “Sisyphus: The Myth” dan rancangan “Miss Trot 2”.

Nampaknya boleh tahan hebat drama “Mouse” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...