Ikuti Kami:

“Pelakon Yang Boleh Dipercayai” – Ramai Terpukau Lihat Lakonan Kim Hyesoo Dalam ‘Juvenile Justice’

“Pelakon Yang Boleh Dipercayai” – Ramai Terpukau Lihat Lakonan Kim Hyesoo Dalam ‘Juvenile Justice’

Selepas 2 tahun “Hyena” tamat, akhirnya Kim Hye-soo kembali menyapa penonton K-Drama menerusi siri “Juvenile Justice”.

Kongsinya mengenai drama ini,

Saya berharap ia akan menjadi peluang untuk berkongsi kerisauan bermakna mengenai jenayah juvenil dan pesalah bawah umur.

Sudah berpuluh tahun dalam dunia lakonan, pengalaman Kim Hye-soo membuatkan dia sebagai calon terbaik untuk membawa watak Shim Eun-seok iaitu seorang hakim yang bencikan penjenayah bawah umur di mana dia terpaksa melaluinya selepas ditugaskan di mahkamah juvenil.

kim hyesoo juvenile justice

Kredit: Netflix

Merupakan seorang yang membenci penjenayah tersebut, dia menjalankan tugas berdasarkan prinsip bahawa setiap pesalah haruslah dihukum. Namun itu tidak bermakna wanita itu akan membuat keputusan melulu berdasarkan perasaan malah dia hanya mengejar keadilan dan cerita sebenar yang terjadi.

Disebabkan lakonan sebagai hakim yang berkarisma, rata-rata penonton mengatakan bahawa “Juvenile Justice” lebih seronok ditonton kerana persembahan menakjubkan daripada Kim Hye-soo.

kim hyesoo juvenile justice

Kredit: Netflix

Kata mereka,

Wah lakonan Kim Hye-soo sememangnya hebat!!! Bagaimana dia boleh mengutarakan setiap perkataan itu satu persatu dengan suara yang jelas bersama emosi.. Seorang pelakon yang mantap.

 

Woah lontaran suara dan sebutan dialognya sangat jelas.

 

Langsung tak ada yang tak boleh berlakon.

 

Pelakon yang boleh dipercayai dan patut ditonton, Kim Hye-soo.

 

Cool betul Kim Hye-soo!

 

Wahh kehebatan Kim Hye-soo jelas kelihatan!

 

Kim Hye-soo yang sentiasa menampilkan lakonan mantap.

“Juvenile Justice” serius best! Korang patut tonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...