Utama Celebrity News Pelakon ‘Weightlifting Fairy Kim Bokjoo’ Disyaki Meninggal Kerana COVID-19, Agensi Nafikannya

Pelakon ‘Weightlifting Fairy Kim Bokjoo’ Disyaki Meninggal Kerana COVID-19, Agensi Nafikannya

moon jiyoon meninggal dunia bukan kerana covid-19

Setiap yang hidup pasti akan pergi. Sama juga dengan pelakon Moon Jiyoon yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas dimasukkan ke hospital kerana acute septicemia iaitu satu jangkitan yang serius dalam saluran darah.

Tetapi disebabkan kebanyakan simptomnya agak sama dengan COVID-19, ramai yang menebak bahawa pelakon itu menemui ajal kerana jangkitan virus tersebut. Selepas khabar angin ini berterbangan di segenap media sosial, agensinya telah tampil dan menjelaskan bahawa pelakon itu meninggal bukan disebabkan oleh virus corona.

Ia bukanlah COVID-19. Dia telah pun disahkan negatif COVID-19, jadi dia dibenarkan untuk dihospitalkan. Dia dikejarkan ke wad kecemasan selepas mendapat jangkitan bakteria menerusi tekaknya yang sakit. Simptomnya kian membimbangkan semasa di dalam wad tersebut.

Menerusi pemeriksaan, didapati bahawa kebanyakan organnya menunjukkan tanda tidak normal lantas dia dipindahkan ke unit rawatan rapi. Demamnya telah merosakkan sebahagian besar daripada organ dalamannya.

Moon Jiyoon dikatakan telah mengalami masalah sakit tekak dua hari sebelum dia dimasukkan ke hospital lagi. Dia cuba melawan seorang diri kerana tidak mahu ke fasiliti kesihatan tersebut atas penularan COVID-19 yang serius. Pun begitu, ibunya menjumpai lelaki tersebut dalam keadaan yang teruk lantas dia dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.

moon jiyoon meninggal dunia

Agensinya turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian pelakon itu. Dia dikatakan sangat positif dengan kerjayanya sebagai pelakon selain tak sabar ingin turunkan berat badan dan terus bekerja keras dalam industri. Tetapi tidak sangka dia pergi dahulu tanpa sempat mencapai impiannya itu.

Kalau anda perasan, Moon Jiyoon banyak berlakon dalam drama popular seperti “Cheese In The Trap”, “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo”, “Iljimae” dan pelbagai lagi. Salam takziah.

Sumber: Koreaboo

Loading...