Tak semena-mena, terdapat berita sedih yang dilaporkan dalam industri seni Korea pada pagi ini.

Menurut laporan media, pelakon Na Chul disahkan meninggal dunia pada awal hari ini kerana masalah kesihatan yang kian teruk.
Khabarnya, proses pengebumian lelaki berusia 36 tahun itu akan diadakan pada 23 Januari nanti buat keluarga dan kenalan rapat.
Bagi yang tidak mengetahui, mendiang memulakan karier pada tahun 2010 sebagai pelakon teater dan pernah membintangi beberapa drama popular seperti “Vincenzo”, “Happiness”, “Through The Darkness”, “The Good Wife”, “D.P.”, “Weak Hero Class 1” dan banyak lagi.
Salam takziah buat keluarga mendiang.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉