Utama Celebrity News “Pelakon Terbaik Pernah Ada” – Batalkan Jadual, Kim Goeun Beri Penghormatan Buat...

“Pelakon Terbaik Pernah Ada” – Batalkan Jadual, Kim Goeun Beri Penghormatan Buat Na Chul

kim goeun na chul

Berita mengenai kematian pelakon Na Chul telah menyedihkan ramai orang termasuklah Kim Go-eun.

Untuk pengetahuan, Na Chul yang pernah membintangi drama popular seperti “Vincenzo”, “Little Women” dan “Happiness”, telah meninggal dunia pada awal hari ini kerana masalah kesihatan yang kian teruk.

Memperingati rakan pelakon dari “Little Women” itu, Kim Go-eun telah memuat naik beberapa foto mendiang Na Chul di laman Instagram miliknya beserta kapsyen yang ditulis,

Pelakon terbaik yang pernah ada #NaChul

Lelaki, ayah, anak, kawan yang paling menakjubkan #NaChul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ggonekim

Selain itu sebagai tanda penghormatan, pelakon wanita itu juga telah membatalkan jadual liputan fesyen di lapangan terbang pada petang ini.

Bagi yang belum tahu, Na Chul memainkan watak sebagai peguam kepada Kim Go-eun dalam drama “Little Women”.

Salam takziah buat keluarga mendiang.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROsen
Loading...