Ingat tak kelmarin dilaporkan bahawa seorang pelakon sampingan bernama Seo Sung-jong yang sedang merakamkan drama “To All The Guys Who Loved Me” telah pun disahkan positif COVID-19?
Lelaki itu juga sebenarnya sedang aktif berlakon dalam sebuah produksi muzikal bertajuk “Jjambbong”. Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelakon yang turut sama muncul dalam pementasan tersebut iaiatu Kim Won-hae kini juga telah dimaklumkan sah COVID-19.
Agensi naungan pelakon tersebut iaitu Double SG Company telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita ini,
Kim Won-hae disahkan positif COVID-19 hari ini. Selepas menerima keputusan pemeriksaan tersebut, kami telah membatalkan semua aktiviti seninya. Dia kini sedang melalui prosedur kuarantin secara sendiri dan akan dibawa ke hospital selepas bilik wad siap disediakan.
Bagi yang sering menonton drama Korea, anda pasti mengenali lelaki ini yang sering muncul dalam pelbagai naskhah popular seperti “Elegant Friends”, “Chocolate”, “Melting Me Softly”, “Strong Woman Do Bong-soon”, “Hwarang”, “Signal” dan pelbagai lagi.
Laporan lain juga turut mengesahkan bahawa 15 daripada 39 orang yang terlibat dengan pementasan “Jjambong” dan “So” ini turut dijangkiti COVID-19. Hal ini dimaklumkan sendiri oleh syarikat produksi kepada muzikal yang sedang brrlangsung itu.
Berkemungkinan besar dunia K-Drama bakal dilanda arus ‘COVID-19’ dalam beberapa hari ini memandangkan ramai yang mempunyai kontak rapat dengan pelakon yang disahkan positif. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.